Macai PAN Sokong BERSIH Sebab Mahu Harga Barang Turun

macai-pan

Perhimpunan haram BERSIH dijangka berlangsung pada 19 November ini. Ada juga sesetengah penyokong menganggap perhimpunan itu salah satu jalan penyelesaikan untuk menggurangkan kos sara hidup serta harga barang yang semakin meningkat hari ini. Boleh jadi sebelum ini, pembangkang telah meracuni minda rakyat marhaen dengan janji manis jika mereka menyokong BERSIH.

Dalam media sosial terutamanya di Facebook, rata-rata penyokong BERSIH menunjukkan minda mereka sudah dijajah oleh pembangkang mengenai agenda songsang perhimpunan itu. Menurut mereka, kaedah ini adalah salah satu cara untuk membendung masalah kesempitan hidup rakyat.

Umum mengetahui BERSIH juga disokong kuat oleh Pakatan Harapan. Jadi tidak mustahil macai PAN juga begitu yakin jika mereka meluahkan sesuatu melalui perhimpunan haram ini, harga barangan yang semakin tinggi sekarang akan turun. Agaknya itu lah janji puak pakatan jika rakyat menyokong mereka.

Hakikatnya, janji puak pembangkang itu hanya akan tinggal janji kerana mereka tidak berupaya mengubah keadaan ekonomi yang bukan saja melanda negara tetapi seluruh dunia. Tingkah laku macai pembangkang ini tidak akan membawa apa-apa kebaikan, sebaliknya mereka akan mengeruhkan lagi keadaan sekiranya memilih BERSIH sebagai medium menyuarakan pandangan.

Janji pembangkang itu dilihat hanya mahu gula-gulakan rakyat marhaen. Mereka sebenarnya telah terdesak kerana perhimpunan kali ini tidak mendapat sambutan yang menggalakkan. Oleh itu, semua parti pembangkang sekarang sibuk mencanang cerita mengenai kebaikan menyertai BERSIH.

Sehubungan itu, pembangkang melakukan demonstrasi seperti ini kerana mereka sudah kehilangan modal untuk menggulingkan kerajaan. Sebelum ini selepas perhimpunan BERSIH, tiada apa-apa kesan terhadap ekonomi dan harga barang juga tidak bergantung kepada perhimpunan BERSIH.

Apa yang rakyat dapat hanyalah kemusnahan harta awam yang berlaku selepas perhimpunan. Pentadbiran negara juga sedikit tidak berubah akibat perhimpunan haram. Justeru itu, terbukti yang BERSIH tidak membawa kebaikan kepada rakyat seperti mana yang dijanjikan oleh pembangkang. Rakyat hanya digunakan untuk membawa mesej peribadi mereka kepada kerajaan sedia ada. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s