Harga Tiket Di Stadium Darulaman Wajar Dinaikkan

3a-copy

Sejak dahulu lagi, harga tiket perlawanan bola sepak yang dijual di Stadium Darul Aman tidak pernah dinaikkan sama sekali. Masih lagi berada ditahap yang murah dan tidak membebankan. Namun begitu, ada yang menganggap harga tiket yang dijual sekarang ini adalah berpatutan dan ada juga yang beranggapan ia perlu dinaikkan.

Sebenarnya harga tiket yang dijual di Stadium Darul Aman sekarang ini wajar dinaikkan selaras dengan prestasi yang ditunjukkan. Malah ia dianggap sebagai satu tindakan yang wajar, demi membantu dan memberi sumbangan dalam menaiktarafkan serta menambahbaik infrastruktur dan kemudahan di stadium.

Bagus jugak… Sebab Gomez tengok keadaan di Stadium Darul Aman tu sangat-sangat daif… Dah la duduk pun atas simen je! Lepas tu grand stand pulak bayar je mahal tapi kadang-kadang tak ada pun kerusinya.

Persekitaran yang kotor dan buruk ditambah pula dengan bumbung yang bocor sana sini… Air bertakung dan bilik air yang sangat menyedihkan! Jadi sedikit sebanyak dengan kenaikkan harga tiket, setidaknya dapat juga dorang menampung perbelanjaan membaik pulih kemudahan stadium yang rosak.

Antara kebaikan lain adalah, kenaikan harga tiket itu juga dapat digunakan bagi menampung perbelanjaan dan pembayaran gaji pemain. Yela, sebab ada kes viral tempoh hari kononnya gaji pemain tidak dibayar… Jadi setidaknya dapat juga meringankan bebanan mereka.

Korang jangan nak cuak dan acah-acah bengang sangat dengan kenaikkan harga tiket ni… Sebab kalau korang nak tahu… Antara semua stadium-stadium di Malaysia ni… Stadium Darul Aman adalah yang paling murah harga tiketnya.

Lagi pun dah lama sangat dah harga tiket di Stadium Darulaman tidak dinaikkan… Ala, kalau betul korang sayangkan pasukan bola sepak Kedah dan demi mencantikkan lagi stadium korang. Pastinya harga tiket bukan satu alasan.

Kalau betul korang sayang pada pasukan Kedah…. Mahal atau murah korang akan tetap pergi tengok, betul tak?? Tapi kalau iye pun nak naikkan harga, jangan sampai cekik darah peminat bola sepak pulak! Nanti takde siapa pula yang nak mai tengok bola. – TiraGomez/UtaraNews

One thought on “Harga Tiket Di Stadium Darulaman Wajar Dinaikkan

  1. bukan ini waktunya nak naikkan harga tiket…waktu harga barang semua naik waktu ini jg lah pihak stadium nak naik kan harga tiket..takde rasa simpati dan kasihan langsung pada peminat…tak mustahil peminat akan tonton perlawanan depan tv aje selepas ini…

    Like

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s