Guan Eng Dan DAP Desak Kerajaan Pusat Bina Rumah Rakyat Di P.Pinang

1-copy

Didalam pembentangan belanjawan defisit 2017 di Sidang Dewan Undangan Negeri semalam, Ketua Menteri P.Pinang Lim Guan Eng mahu kerajaan Pusat membina Perumahan Rakyat 1 Malaysia (PR1MA) di negeri ini.

Guan Eng mendakwa, kerajaan Pusat telah menganaktirikan rakyat P.Pinang yang berpendapatan rendah/sederhana kerana hanya membina tak sampai 1 peratus rumah rakyat disini, berbanding di negeri lain.

Menurut Guan Eng, kerajaan Pusat seharusnya berlaku adil kepada rakyat P.Pinang dengan membina lebih banyak perumahan rakyat di negeri ini kerana permintaannya yang tinggi dari rakyat.

Hasil tinjauan mendapati, rakyat di P.Pinang adalah paling ramai memohon untuk mendapatkan perumahan rakyat PR1MA dengan 88’000 permohonan setakat ini.

Sebelum ini, kerajaan BN melalui Perbadanan Perumahan Rakyat 1 Malaysia telah menghantar permohonan untuk membina 19’556 unit rumah di seluruh negeri ini.

Tetapi kerajaan DAP P.Pinang masih lagi belum meluluskan permohonan berkenaan yang menyebabkan rancangan perumahan rakyat ini masih tak mampu dilaksanakan.

PR1MA sebelum ini juga telah merancang untuk membina 1124 unit rumah di Bukit Gelugor, 1520 unit di Batu Feringghi, 9564 unit di Sungai Pinang dan Balik Pulau, 3944 unit di Teluk Kumbar, 1017 unit di Permatang Pauh dan 2387 unit di Tasek Gelugor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s