Guan Eng Anggap Rafizi Dizalimi Oleh Kerajaan BN

6-copy

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng menganggap bahawa Ahli Parlimen PKR Pandan, Rafizi Ramli tidak berdosa kerana mendedahkan rahsia rasmi kerana berjuang demi rakyat.

Bercakap kepada media, Guan Eng juga menyifatkan bahawa hukuman yang dikenakan terhadap Rafizi adalah merupakan kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh kerajaan BN.

Menurut Setiausaha Agung DAP tersebut, Rafizi adalah hero rakyat kerana beliau sanggup mendedahkan penyelewengan yang kini didakwa berleluasa didalam kerajaan BN.

Selain itu, Guan Eng juga menegaskan bahawa Rafizi bertindak mendedahkan segala salahlaku yang dilakukan oleh pemimpin kerajaan bukan atas kapasiti peribadi sendiri.

Semua yang dilakukan oleh Rafizi disifatkan sebagai satu perbuatan untuk menghalang penyelewengan yang semakin subur dikalangan pemimpin kerajaan, ujarnya.

Ketua Menteri P.Pinang itu juga menganggap Rafizi adalah seorang pemimpin muda yang baik dan rakyat sangat rugi jika kehilangan pemimpin berkaliber seperti itu.

Ahli Parlimen PKR Pandan berkenaan dijatuhkan hukuman penjara 18 bulan oleh Mahkamah, selepas bertindak mendedahkan laporan pengauditan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Mac lalu.

Rafizi juga dijangka akan dilucutkan jawatan Ahli Parlimennya dan juga tidak akan berkesempatan bertanding didalam pilihanraya umum ke-14 (PRU14) yang bakal menjelang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s