DAP Bentang Bajet Defisit Di P.Pinang Kerana Bimbang Kalah Di PRU 14

4-copy

Selepas pembentangan Bajet 2017 P.Pinang di Sidang Dewan Undangan Negeri, ramai pemerhati politik beranggapan Lim Guan Eng dan DAP membentangkan belanjawan defisit kerana takut akan kalah di PRU14 nanti.

Jika ditakdirkan mereka kalah nanti, sudah pastilah BN akan menanggung hutang yang banyak hasil peninggalan mereka didalam mengurus tadbir negeri.

Dimaklumkan juga, peruntukan yang lebih kepada Pejabat Ketua Menteri juga berkait rapat dengan tempoh pilihanraya umum yang semakin hampir tak beberapa lama lagi.

Mungkin peruntukan yang lebih itu diperlukan bagi tujuan menggerakkan jentera parti bagi meredakan kemarahan rakyat yang semakin membara terhadap Ketua Menteri akibat dari pelbagai isu di dalam negeri.

Sudah tentu isu dakwaan rasuah didalam pembelian banglo mewah, dan juga isu banjir kilat akibat pembangunan rakus serta penerokaan lereng bukit yang tidak terkawal akan menjadi tumpuan.

Sehingga kini, kajian mendapati imej Ketua Menteri P.Pinang berada ditahap yang sangat rendah ekoran dari ‘serangan’ bertali arus oleh pemimpin dan media pro kerajaan.

Menyedari hal yang sedemikian, ada beberapa pemimpin DAP P.Pinang sudah mengusulkan peruntukan tambahan dikeluarkan bagi membiayai kempen membersihkan nama Ketua Menteri dan parti DAP di media sosial.

Pastinya hal negatif yang tersebar didalam laman-laman sosial mengenai Ketua Menteri P.Pinang itu tak akan dipandang ringan oleh semua pemimpin DAP negeri kerana ia membabitkan masa depan mereka didalam mengekalkan kerajaan negeri.

Dengan sebab itulah, berkemungkinan besar peruntukan yang lebih perlu dicari untuk menampung semua kos memperbaiki dan menaikkan kembali maruah Ketua Menteri dan parti yang tercalar.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s