Bersih Dakwa Mereka Tidak Pernah Lakukan Keganasan

2a-copy

Hahahaha…. Kelakarnya… Bersih dakwa mereka tidak pernah lakukan keganasan! Hahaha.. Korang ingat rakyat kat Malaysia ni mudah lupa macam Tun Dr Mahathir Mohamad ke? Mungkin kumpulan Bersih tu ingat yang rakyat dah lupa dengan kejadian yang berlaku pada himpunan Bersih 4 yang lalu.

Hellooo… Ubat lupa yang dijual Mahathir tak laku untuk rakyat Malaysia okey!! Kita masih ingat lagi bagaimana kumpulan Bersih berbaju kuning ini cetuskan provokasi dan kekecohan masa Bersih 4 tu. Bukan setakat kekecohan je, malah rusuhan teruk!

Peserta-peserta Bersih ada yang bertindak ganas dengan merosakkan kedai-kedai di sekitar kawasan tempat mereka berhimpun. Bukan tu je, keganasan yang dorang buat tu umpama haiwan buas! Sanggup merosakkan kereta peronda pihak polis sehingga mengancam nyawa orang lain.

Bukan tu je, ada jugak kereta yang dibakar malah pihak polis juga turut dibelasah oleh kumpulan bersih ini. Jadi macam tu ke yang dikatakan sebagai himpunan aman?? Itu ke yang Bersih dakwa sebagai tak pernah lakukan keganasan??

Setiausaha Agung Parti Amanah Negara (PAN), Anuar Tahir ni mungkin buta kot… Mungkin dia tak tahu dan tak nampak keganasan yang dilakukan kumpulan Bersih sebelum ini. Sebab tu dia boleh kata yang Bersih tak pernah lakukan keganasan dan peserta yang sertai bersih ini, kononnya percaya pada ‘non-violence’.

Kononnya Bersih ni perjuangkan himpunan hak rakyat secara bertamadun… Hahaha.. Tamadun la sangat kan! Macam la himpunan Bersih tu hormat pada keamanan negara… Lakukan keganasan dan kerosakan pada harta benda awam dan kedai orang lain. Hormat keamanan ke macam tu? Patutnya geng Bersih ni masuk kelas sivik balik. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s