BERSIH 5 Rancang Cetus Provokasi Untuk Dapat Liputan Media

bersih-5-rancang

Menurut Presiden Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN), TS Abdul Kadir Sheikh Fadzir, perhimpunan BERSIH akan didorong untuk mencetuskan keganasan kerana ada kumpulan dalaman yang akan merancang provokasi dengan pihak keselamatan. Perancangan itu bertujuan bagi mendapat liputan media antarabangsa untuk memburukkan kerajaan Malaysia.

Kenyataan ini dikeluarkan oleh Abdul Kadir kerana beliau mempunyai pengalaman menyertai BERSIH selama dua kali. Memandangkan IKATAN bersama PAS menjadi blok ketiga, mereka tidak akan menyertai perhimpunan haram tersebut kali ini. Oleh itu, Abdul Kadir membongkar perancangan buruk BERSIH.

Kononnya dalam setiap demonstrasi akan ada perancangan rapi oleh kumpulan dalaman untuk memprovokasi pihak polis seperti mana yang berlaku pada perhimpunan sebelum ini. Tujuan kumpulan ini adalah untuk menunjukkan sikap agresif mereka dan menggambarkan kepada pihak luar bahawa BERSIH berjaya menimbulkan rusuhan besar-besaran.

Justeru, semua dakwaan penaja BERSIH yang mahu menjalankan demonstrasi secara aman tidak boleh dipercayai. BERSIH 5 kali ini mungkin akan menjadi diluar kawalan serta lebih ekstrim kerana adanya gangguan daripada Gerakan baju merah yang diketuai oleh DS Jamal Md Yunos.

Jika sebelum ini mereka merancang untuk adakan provokasi bagi mencari populariti dan merosakkan imej negara. Kali ini provokasi menyerang pihak polis akan bertukar serangan kepada kumpulan baju merah kerana kumpulan tersebut menjadi penghalang kepada semua agenda BERSIH.

Tidak mustahil jika kedua-dua kumpulan ini bertemu semasa perhimpunan BERSIH 5 nanti, akan ada elemen provokasi sehingga berlaku kemalangan jiwa dan pertumpahan darah. Perkara ini tidak mustahil berlaku kerana kumpulan baju kuning sebelum ini berani menyerang pihak polis, apa lagi kumpulan baju merah yang sering mengganggu perhimpunan tersebut. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s