Bagaimana Ketua Pemuda PKR Boleh Jadi Jutawan Pada Usia 28 Tahun??

9a-copy

Menjadi tanda tanya dan pelbagai persoalan bermain di minda rakyat semua… Bagaimana seorang pemuda yang baru berusia 28 tahun dan hanya memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR), tetapi sudah mampu untuk memiliki sebuah banglo mewah bernilai RM7 juta dan beberapa biji kereta mewah.

Dari mana datangnya wang sebanyak tu?? Kalau nak kira gaji sebagai Ketua Pemuda PKR… Rasa Gomez tak akan mampu Datuk Adam Rosly untuk memiliki kekayaan luar biasa sebegitu pada usia muda beliau. Tambahan pula baru beberapa penggal je Adam tu memegang jawatan dalam PKR.

Bukan tu je… Muda-muda lagi dah dapat pangkat ‘Datuk’! Korang tak hairan ke?? Tapi dengar kata Adam ni ada bisnes sendiri… Tapi bila ditanya bisnes apa, taknak bagitahu pula. Aikkk… Betul ke ada bisnes ni? Ke bisnes mengikis duit rakyat je!

Disebabkan itu Adam dicabar untuk mengisytiharkan hartanya. Namun begitu, Timbalan Ketua Pemuda PKR, Dr Afif Bahardin yang mempertahankan Adam berkata, dia tidak perlu mengisytiharkan hartanya kerana dirinya bukanlah penjawat awam.

Malah Adam juga dikatakan langsung tidak ada kaitan dengan jawatan kerajaan, jadi kenapa nak isytiharkan harta?? Bagi Gomez tak kisah la, kerja dengan kerajaan atau tidak… Tak salah pun kalau isytiharkan harta.

Tak semestinya pekerja kerajaan je yang makan rasuah… Yang takde kena mengena dengan penjawat awam pun, ada jugak yang makan rasuah. Jadi kenapa Adam ni tak berani menyahut cabaran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli yang mahu dia mengisytiharkan harta?

Teringin jugak rakyat nak tahu, bagaimana dan apa rahsia pemuda 28 tahun ni sehingga membolehkan dia menjadi jutawan pada usia yang sangat muda. Sudah memiliki rumah banglo mewah dua tingkat, ala-ala Disneyland di Putrajaya… Malah ada kereta Mercedez Benz, Range Rover dan motosikal berkuasa tinggi KTM 200 Duke, hebat noh!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s