Ahli Parlimen Dedah Kerakusan Guan Eng Dan DAP Jual Tanah P.Pinang

3-copy

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Liang Teck Meng mendedahkan bahawa Guan Eng dan DAP menjadikan penjualan tanah negeri sebagai hasil utama pendapatan kerajaan DAP negeri P.Pinang.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Gerakan berkata, Guan Eng dan DAP begitu rakus menjual tanah dan yang terkini ialah penjualan 49 peratus pemilikan saham untuk tanah di Pulau Jerejak.

Liang juga mendakwa Guan Eng juga didapati seringkali memanipulasikan keadaan untuk keuntungan dan ‘mileage politik’ DAP di P.Pinang serta mengaburi mata rakyat.

Antara tindakan populis Guan Eng ialah mengaku mengurangkan hutang negeri P.Pinang semenjak DAP menjadi kerajaan negeri, sedangkan ianya merupakan penipuan semata-mata.

Hutang negeri P.Pinang berjaya dikurangkan sebanyak 95 peratus adalah hasil dari pengambilalihan aset air di negeri itu untuk tempoh 45 tahun yang berjumlah RM655 juta.

Ianya bukan hasil usaha dari kerajaan DAP negeri atau pun Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Jadi mengapa Guan Eng sanggup tebalkan muka menipu rakyat P.Pinang?

Liang juga menasihati Guan Eng dan kerajaan DAP negeri supaya berhentilah melakukan pembohongan politik dan propaganda untuk menyembunyikan keadaan ekonomi negeri yang semakin teruk.

Yang meningkat di negeri P.Pinang semenjak DAP memerintah hanyalah perbelanjaan pengurusan yang mencatat peningkatan empat kali ganda dari tahun 2013 iaitu RM746 juta, berbanding 2008 yang hanya RM283 juta.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s