Adun Kangkung Salahkan Hujan Di Kedah Jadi Punca Banjir Di Machang Bubuk

2-copy

Adun PKR Dun Machang Bubuk, Lee Khai Loon hari ini seolah-olah menyalahkan kerajaan negeri Kedah kerana didakwa menjadi punca banjir dikawasan Machang Bubuk.

Berkata dalam satu kenyataan semasa di Sidang Dewan Undangan Negeri, Lee turut mendakwa ketiadaan kolam tadahan air di Kedah menjadi punca utama air melimpah ke kawasan yang diwakilinya.

Lee juga memohon kerajaan DAP negeri P.Pinang melakukan sesuatu bagi mengatasi banjir yang seringkali berlaku di kawasan Machang Bubuk, apabila hujan di kawasan negeri Kedah khususnya Kulim.

Petang semalam, lebih 100 buah rumah ditenggelami air sedalam paras lutut apabila hujan lebat turun selama beberapa jam dikawasan Seberang Perai Tengah.

7 buah kampung dinaiki air lumpur dan jalanraya yang menghubungkan kawasan-kawasan terbabit turut dinaiki air sehingga menyebabkan kesesakan lalulintas.

Exco Kerajaan Tempatan P.Pinang, Chow Kon Yeow pula menjelaskan, kerajaan DAP negeri akan memantau tahap keseriusan banjir yang melanda kawasan yang terbabit.

Jika cadangan pembinaan kolam tadahan tersebut benar-benar mampu menyelesaikan masalah banjir di kawasan berkenaan, maka kerajaan DAP akan mempertimbangkannya, ujar beliau.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s