Syed Saddiq Akhirnya Mengaku Pihak Polis Tidak Pilih Kasih

5a-copy

Sebelum ini Pendebat Terbaik Asia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pernah mendakwa berlakunya ketirisan dalam pentadbiran dan kuasa pihak polis. Dakwanya layanan yang diberikan tidak sama rata dan berat sebelah.

Namun melalui pengakuannya di akaun Facebook miliknya semalam, Syed Saddiq kini mengakui bahawa pihak polis selama ini menjalankan kerja-kerja mereka secara professional dan langsung tidak memilih bulu.

Syed Saddiq berkata demikian setelah memberi keterangan berhubung surat terbukanya terhadap Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ismail. Dalam posting tersebut, dia mendakwa telah disoal siasat selama dua jam setengah.

Bukan itu sahaja, Syed Saddiq turut memuji pihak berkuasa kerana menjalankan tugas dengan penuh amanah dan berwibawa. Itu la, lain kali jangan sesuka hati melabelkan orang lain… Nahhhh, sekarang ni diri sendiri pula dilabel sebagai pengkhianat.

Tapi apa yang peliknya Syed Saddiq masih lagi tidak mengakui bahawa tindakannya yang mempertikaikan titah Sultan Johor yang mengharamkan himpunan Bersih di negara itu, sebagai sesuatu yang menderhaka kepada titah sultan. Rasa macam apa yang dia kata tu semua betul… Tak kisah walau langgar titah sultan.

Dalam kesempatan itu, Syed Saddiq sempat melahirkan rasa sedihnya diatas nasib Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun, setelah didapati bersalah membocorkan maklumat sulit mengenai 1 Malaysian Development Berhad (1MDB). – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s