Pembangkang Dakwa Kerajaan Kedah Lembab Selesaikan Isu Air

pembangkang-dakwa

Sidang media bersama pembangkang di Kedah telah berlangsung semalam, selepas pembentangan bajet negeri Kedah 2017. Dalam sidang media tersebut Adun Anak Bukit (PAS), Datuk Ir Amirudin Hamzah mendakwa kerajaan negeri lembab dalam menguruskan krisis air yang berlaku sejak sekian lama.

Beliau juga menuduh kerajaan negeri seperti tidak serius menguruskan isu itu dan memberi tekanan kepada rakyat kerana perlu menanggung masalah bekalan air. Selain itu, beliau turut mempersoalkan pengurusan syarikat air Kedah (SADA) yang mungkin tidak mampu untuk membekalkan air kepada rakyat.

Agaknya semasa pembentangan bajet, pembangkang tidak mengambil perhatian terhadap apa yang telah disampaikan oleh Menteri Besar DS Ahmad Bashah Md Hanipah. Beliau telah menekankan bahawa bajet tahun hadapan akan ditambah sekali ganda untuk menambah peruntukan berkaitan sumber air berbanding tahun lepas.

Pelaksanaan ini juga dapat membantu mengurangkan masalah bekalan air terawat kepada seluruh penduduk negeri tersebut. Gangguan air ini bukan terjadi kepada seluruh kawasan atau parlimen yang ada di Kedah saja, ia cuma berlaku di sesetengah kawasan sahaja. Jadi peruntukkan yang telah dibentangkan oleh menteri besar akan membantu menyelesaikan perkara ini.

Kerajaan negeri turut prihatin dengan keperluan air kerana ia adalah asas kepada keselesaan hidup. Bukan saja ia untuk kegunaan seharian, sebaliknya ia menjadi sumber keperluan utama bagi industri yang juga merangsang ekonomi negeri. Menyedari masalah ini, pihak kerajaan negeri telah bersiap sedia dengan enam langkah praktikal agar masalah ini dapat diselesaikan.

Loji Bekalan air akan giat dibina dan program transformasi bekalan juga akan dilakukan. Kesungguhan ini telah terbukti kerajaan Kedah akan terus merungkai masalah berkaitan bekalan air. Peruntukan yang dikeluarkan juga dilihat mencukupi kerana melebihi sekali ganda daripada sebelumnya.

Dakwaan pembangkang itu akan berjaya ditangani oleh Kerajaan negeri melalui barisan pemimpin sedia ada. Pembangkang hanya tahu bercakap kosong dan menuduh membabi buta, malah semasa dibawah pentadbiran PAS juga masalah ini sudah berlaku tetapi tiada langkah yang diambil. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s