Nik Abduh Patut Azankan Mahathir Di Telinga

Kalau boleh, Ketua Pemuda PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz tak payah sekadar bagi nasihat pada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebaliknya azankan terus je kat telinga orang tua tu, biar dia sedar ada agama sikit.

Nik Abduh kali ini bertindak menasihati Mahathir agar kembali ke tikar sejadah berbanding menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan bermain berpolitik kotor. Usianya yang kini mencecah 91 tahun… Adalah lebih baik kalau Mahathir memperbanyakkan ilmu agama sebagai saham ke akhirat.

Nasihat sebegitu diberikan kerana Mahathir kini kerap mengeluarkan kenyataan sesuka hati tanpa memikirkan akibat yang bakal menimpa. Sudah la dah tua… Mulut pulak makin puaka… Tak takut mati ke??

Bukan itu je, Nik Abduh turut mempertikaikan tindakannya yang terdahulu! Dulu Mahathir yang sekat royalti Kelantan… Sekarang ni nak bagi pulak! Dulu dia yang penjarakan bekas ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim… Sekarang ni nak bebaskan pulak! 

Masa dia berkuasa dulu, macam-macam pengkhianatan yang Mahathir buat… Sekarang ni bila dah takde kuasa… Berlagak kononnya nak jadi penyelamat. Elok beristiqomah semula, tak pun pergi Mekah buat haji atau sebagainya. Baru tenang sikit hati tu.

Tindakan Mahathir sekarang ini dianggap sebagai menyusahkan golongan muda. Masakan tidak, dulu bencikan pembangkang, tapi sekarang dakwa pihak yang memusuhi gabungan pembangkang adalah penyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pulak.

Kehadiran Mahathir dalam dunia politik hanya merumitkan lagi keadaan… Kalau dah bersara tu, baik duduk diam-diam je jangan nak menyusahkan orang sangat. Sedar tak sedar kerana Mahathir la politik negara huru-hara. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s