Mukhriz Cari Publisiti Murahan Dalam Pembentangan Bajet Kedah 2017

mukhriz-cari

Bekas Menteri Besar Kedah DS Mukhriz Mahathir masih mahu menumpang nama dan mencari publisiti murahan dalam pembentangan Bajet Kedah 2017 yang masih berlangsung hari ini. Sebelum ini beliau dikatakan menumpang populariti pasukan bola sepak Kedah, setelah menjadi juara piala Malaysia.

Sejak kebelakangan ini, isu tersebut telah dijadikan modal untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa beliau telah berjaya membawa pasukan Helang Merah menjadi juara pada tahun ini. Mukhriz seolah-olah mahu semua rakyat negeri memberikan penghargaan kepadanya kerana telah berjaya mengotakan janji semasa menjadi Menteri Besar dulu.

Dalam pembentangan Bajet Kedah 2017 juga, beliau membangkitkan semula isu kejayaan pasukan hijau kuning. Kononnya kata-kata beliau selama ini telah membuahkan hasil dan memberi kejayaan kepada pasukan Kedah. Menurutnya itulah yang dimaksudkan janji dikota, Mukhriz ingat kemenangan pasukan Kedah memang disebabkan kata-kata beliau ke??

Dakwaan Mukhriz itu dilihat boleh menjadi lawak jenaka di dalam dewan. Kemenangan pasukan Kedah sama sekali tidak berkait dengan kata-kata janji Mukhriz, sebaliknya kesungguhan pemain yang ada serta pada jurulatih, telah membuktikan kejayaan sebenar pasukan hijau kuning.

Dana yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri turut menyumbang kepada kemenangan pasukan. Mungkin semasa Mukhriz menjadi MB, beliau boleh mengeluarkan kenyataan membanggakan diri, tetapi setelah bergelar pembangkang, ia dilihat tidak relevan untuk menumpang populariti pasukan bola sepak Kedah.

Dakwaan janji dikota menggambarkan beliau sudah terdesak dan mahu menuduh kerajaan negeri dibawah pimpinan DS Ahmad Bashah tidak membawa apa-apa kejayaan seperti di zaman pentadbiran beliau. Tujuan Mukhriz membangkitkan isu ini adalah usaha untuk memujuk rakyat supaya menyokongnya menjadi MB pada PRU14.

Tindakannya memuji diri itu mempunyai motif yang tersirat. Sepatutnya sebagai pemimpin parti pembangkang yang baru dan masih mencari kekuatan parti, beliau harus membawa usul yang menguntungkan rakyat Kedah semasa pembentangan Bajet. Bukan memuji diri sendiri hebat dan mencari publisiti murahan, apabila berpeluang bercakap semasa sesi pembentangan.

Sikap Mukhriz itu jelas menunjukkan beliau semakin hilang modal untuk berpolitik. Beliau cuma tahu mencari kesalahan kerajaan negeri. Nampaknya Mukhriz telah dijangkiti virus pembangkang kerana selama ini mereka hanya tahu menuding jari menyalahkan orang lain daripada memikirkan masalah rakyat. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s