KFA Perlu Pilih Antara Keith M.Nah Atau Sandro!!

Persatuan Bola Sepak kedah (KFA) perlu memilih sama ada mahu mengambil semula pemain import, Sandro da Silva atau pun pemain import yang pernah beraksi untuk pasukan bola sepak Kedah suatu ketika dahulu, Keith M.Nah.

Bagi korang yang penyokong tegar skuad Hijau Kuning ni… Mana satu menjadi pilihan hati korang?? Keith M.Nah atau pun Sandro da Silva?? Kedua-dua pemain import ini pernah berjasa kepada pasukan Kedah, tapi persoalannya persembahan pemain import yang mana satu lagi terbaik??

Kalau Gomez la kan… Pastinya Gomez akan pilih Keith M.Nah daripada Sandro! Walaupun KFA pernah tamatkan kontrak dan singkirkan Keith M.Nah dari pasukan Kedah… Tapi kini Keith sudah buktikan pada KFA, bahawa tindakan mereka yang menyingkirkannya dahulu adalah satu kesilapan.

Keith buktikan bahawa tindakan KFA menamatkan kontraknya sebagai satu kesilapan, apabila dia kini telah menjadi penjaring gol terbanyak dalam liga Myanmar! Bukan tu saja… Banyak lagi kelebihan yang ada pada Keith berbanding Sandro.

Apa yang pastinya Keith lagi muda pada Sandro… Dengan umurnya yang baru berusia 21 tahun… Peluang yang ada pada Keith adalah sangat cerah! Kalau nak dibandingkan dengan Sandro yang dah tua bangka berumur 33 tahun tu!

Lagi pun Keith sekarang ni memang tengah perform dan semakin meningkat naik… Sangat berbeza kalau nak dibandingkan dengan Sandro, yang kerap mengalami kecederaan dan sekarang ni pun tengah cedera. Jadi buat apa nak ambil pemain import yang cedera??

Bayar mahal-mahal tapi tak mampu nak berikan persembahan yang terbaik… Lepas tu bila cedera kena rehat pulak berbulan-bulan! Buang duit je, baik ambil pemain import yang betul-betul berpotensi dan mampu beraksi dan beri sumbangan kepada pasukan.

Jangan pilih pemain import berdasarkan kawan-kawan je… Tapi persembahan hampeh! Macam Chidi Edeh dan Carlos Kahe… Sudah la usia tua… Nak lari pun tak larat sebab dok usung perut je! Jadi mana satu pilihan korang?? Keith M.Nah atau Sandro da Silva?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s