Kerajaan DAP Peruntukan Untuk Sekolah Cina Sebanyak RM8.5 Juta Didalam Bajet 2017

7-copy

Didalam pembentangan bajet defisit bagi tahun 2017 semasa Sidang Dewan Undangan Negeri P.Pinang, Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan peruntukan sebanyak RM8.5 juta bagi seluruh sekolah cina serta sekolah persendirian di negeri berkenaan.

Manakala bagi sekolah agama rakyat pula hanya RM1.75 juta sahaja diberikan, begitu juga dengan peruntukan yang dikhaskan kepada sekolah Tamil di negeri ini.

Guan Eng menjelaskan, peruntukan sebanyak RM1.75 juta itu tak perlu dipertikaikan kerana kerajaan DAP telah memberikan banyak sumbangan lain sepanjang pemerintahan di P.Pinang.

Menurut Guan Eng, lebih kurang RM45 juta telah diperuntukan kepada sekolah agama di negeri ini selama pentadbiran DAP, dan ianya menjadi komitmen kerajaan DAP didalam membantu pendidikan untuk semua lapisan rakyat.

Beliau juga menjelaskan, peruntukan sebanyak RM1.75 juta itu akan dipecahkan kepada 178 buah sekolah agama rakyat di seluruh negeri, merangkumi pelbagai jenis sekolah.

RM453,800 akan disalurkan kepada 106 sekolah agama rakyat dan KAFA, RM539,800 kepada 7 buah sekolah menengah agama rakyat dan RM382,080 kepada 7 buah sekolah rendah agama rakyat.

Manakala 14 buah Tadika Islam di negeri ini akan menerima peruntukan sebanyak RM22,680, 27 Mahad Tahfiz sebanyak RM117,200, 11 Sekolah agama bantuan kerajaan sebanyak RM264,500 serta baki RM60 ribu kepada 6 pondok pengajian Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s