Jangan Pertikai Jika Polis Ambil Tindakan Pada Sabtu Ini – Ketua Polis Negara

6a-copy

Kedegilan pihak Bersih 5 dan kumpulan Baju Merah yang tetap mahu berhimpun pada Sabtu ini mendapat perhatian dari Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Bagi menjamin kejadian yang tidak diingini daripada berulang, Khalid memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba-cuba untuk mencetuskan pergaduhan, melakukan kekerasan, menimbulkan kekecohan atau kejadian yang mampu merosakkan harta benda awam.

Jangan mempertikaikan atau sesekali marah, apabila pihak polis mengambil tindakan terhadap mereka yang telah melanggar undang-undang semasa himpunan tersebut berlangsung. Tak kisah la, sama ada pihak baju kuning mahu pun baju merah.

Kalau dorang langgar undang-undang maka dorang akan dikenakan tindakan. Pihak polis juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak… Sesiapa yang bertindak ganas dan cuba menimbulkan kekecohan, maka mereka akan didakwa.

Pada 19 November, Sabtu ini… Kumpulan Bersih akan mengadakan satu himpunan kononnya untuk menuntut pilihanraya dan kerajaan yang bersih. Himpunan itu bakal diadakan di Dataran Merdeka.

Sementara itu, bagi kumpulan Baju Merah yang diketuai oleh Ketua UMNO Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos pula akan mengadakan himpunan pada tempat dan tarikh yang sama dengan bersih, sebagai respon terhadap kumpulan baju kuning itu. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s