Hanya Bonus Setengah Bulan Untuk Penjawat Awam Di P.Pinang Berbanding 2 Bulan Di Selangor

6-copy

Kerajaan DAP P.Pinang ‘bermurah hati’ untuk mengumumkan bonus setengah bulan gaji atau minimum RM700 kepada seluruh anggota penjawat awam di negeri ini.

Didalam pengumuman tersebut semasa pembentangan bajet 2017 di Sidang Dewan Undangan negeri, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata kerajaan negeri akan membuat pembayaran pada bulan depan.

Pembayaran bonus tersebut akan melibatkan seluruh anggota penjawat awam negeri ini, iaitu seramai 4’178 anggota keseluruhan dan melibatkan peruntukan sebanyak RM4.19 juta.

Menurut Ketua Menteri, jumlah ini difikirkan akan dapat membantu meringankan beban tanggungan penjawat awam yang menghadapi tekanan ekonomi.

Jumlah yang diumumkan oleh Lim Guan Eng itu, bagaimanapun kurang dari Bajet Selangor yang berjumlah dua bulan gaji kepada seluruh penjawat awam di negeri berkenaan.

Sebelum ini didalam Belanjawan Selangor, Menteri Besar Selangor, Azmin Ali, mengumumkan pemberian bantuan khas sebanyak 2 bulan gaji yang berjumlah RM57.25 juta kepada penjawat awam di negeri berkenaan.

Menurut Azmin, jumlah itu diberikan bagi membantu penjawat awam di Selangor membuat persediaan awal untuk menghadapi persekolahan anak untuk tahun hadapan.

Ramai pemerhati politik berpendapat bonus setengah bulan yang diumumkan oleh Ketua Menteri P.Pinang itu, berkurangan berpunca dari meningkatnya perbelanjaan untuk Pejabat Ketua Menteri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s