Guan Eng Mahu Kerajaan Pusat Jelaskan Baki Peruntukan Bantuan Banjir Di P.Pinang

5-copy

Semasa membentangkan belanjawan defisit P.Pinang bagi tahun 2007, Ketua Menteri Lim Guan Eng mendesak agar kerajaan Pusat menjelaskan baki peruntukan bagi bantuan banjir di negeri ini.

Jelas Guan Eng, beliau dan kerajaan DAP P.Pinang mengalu-alukan pemberian dana sebanyak RM150 juta untuk Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Pinang, namun akan terus meminta kerajaan Pusat memberikan baki peruntukan bagi tujuan tersebut.

Guan Eng juga menjelaskan bahawa Rancangan Tebatan Banjir di Sungai Pinang itu menelan kos sebanyak RM350 juta, dan ianya menjadi tanggungjawab kerajaan Pusat dan bukannya kerajaan negeri.

Bagaimanapun menurut Guan Eng, kerajaan DAP negeri hanya akan memperuntukkan RM220 juta bagi melaksanakan beberapa projek yang dikenalpasti dapat mengatasi masalah banjir di P.Pinang.

Sebanyak RM150 juta dari diperuntukan tersebut akan digunakan bagi membiayai projek migitasi banjir, serta RM50 juta pula akan disalurkan untuk pembinaan paip diantara Empangan Air Itam dan juga Empangan Teluk Bahang.

Selain itu, Guan Eng juga menjelaskan baki sebanyak RM11.61 juta akan digunakan bagi kerja tebatan banjir di kawasan bandaraya P.Pinang dan selebihnya RM9.45 juta lagi akan disalurkan untuk kawasan Seberang Perai.

Dalam pembentangan bajet berkenaan itu, Ketua Menteri turut menjelaskan tentang perancangan negeri bagi mencari sumber air baru bagi menampung penggunaan air bersih di negeri ini.

Antara perancangan yang dicadangkan ialah menaiktaraf Empangan Mengkuang dengan peruntukan sebanyak RM1.2 billion serta penambahbaikan di sungai-sungai negeri.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s