Dulu Musuh Sekarang Sudah Jadi Empat Sekawan

1a-copy

Dahulu musuh tapi sekarang sudah jadi empat sekawan, kelakar kan! Namun itulah yang berlaku terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Parti Amanah Negara, Mohamad Sabu dan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Sekarang ni dah jadi kawan baik bebb! Siap duduk semeja minum kopi lagi tau! Apa sudah jadi?? Mohamad Sabu atau Mat Sabu juga tidak menyangka bahawa perkara tersebut akan berlaku. Tak sangka dia akan bersama Mahathir.

Walaupun Mat Sabu pernah dihumban ke penjara dan didakwa di bawah akta ISA pada zaman Mahathir… Tetapi itu semua tidak menjadi masalah baginya untuk bersama dengan orang yang menghumbannya ke dalam penjara.

Kerana katanya pada ketika itu, isterinya langsung tidak hidup susah walau dia dipenjarakan. Isterinya masih mampu membeli rumah dan masih mampu menyara anak-anak serta makan minum. Jadi tak hairan kalau Mat sabu sikit pun tak makan hati dengan perbuatan Mahathir dahulu.

Menurut Rafizi pula, baginya tak pelik dan aneh pun apabila musuh kini menjadi kawan… Tak pelik kalau musuh duduk semeja. Kerana baginya, apa yang dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sekarang ni lagi pelik… Pelik apa entah la!

Malah Rafizi juga tidak kisah jika dipenjarakan… Mungkin Rafizi memang suka dipenjarakan dan sudah menjadi upacara tahunan baginya keluar masuk penjara. Demi masa depan, dorang sanggup hadapi semua halangan, kononnya la!

Bagi Kit Siang pula, “persahabatan” antara mereka berempat kini dilihat sebagai satu senario yang baru dan memberi cabaran baru kepada mereka. Katanya gabungan antara mereka ini adalah bagi menjaga negara dari diperintah ‘pencuri’, ‘penyamun’ dan ‘perompak’. Kononnya Kit Siang ni berani kerana benar, haha!

Disebabkan itu la, Mahathir dan Rafizi mengajak rakyat untuk turun dan sertai himpunan Bersih 5 pada Sabtu ini sebagai tanda sokongan kepada persahabatan empat sekawan mereka tu. Dahulu musuh sekarang kawan, pelik kan!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s