Datuk Jamal Yunos Difitnah Cuba Cetus Provokasi Sendiri

4a-copy

Sekeping gambar pemimpin Gerakan Baju Merah, Datuk Jamal Yunos yang dilihat berdiri bersama tiga lelaki memakai baju kuning Bersih 5, telah dimanipulasikan oleh netizen dan pihak yang tidak bertanggungjawab.

Gambar tersebut menimbulkan pelbagai persoalan… Malah ada yang menyifatkan gambar tersebut sebagai ‘agent provocateur’ yang sengaja diadakan bagi mencetuskan kekacauan pada perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Jamal juga difitnah cuba untuk mencetuskan provokasi sendiri akibat dari gambarnya yang tersenyum bersama tiga pemuda Bersih itu. Gambar tersebut juga menjadi viral dan netizen mempersoalkan apa agenda disebalik gambar tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah turut menuduh kemungkinan besar Jamal akan mencetuskan kekecohan dengan sendirinya, dengan mengupah seseorang untuk berlakon seperti peserta Bersih.

Namun begitu, fitnah tersebut dipatahkan Jamal apabila dia mendakwa secara tak sengaja terjumpa dengan tiga pemuda tersebut di sebuah masjid di Ampang Jaya. Malah, Jamal menganggap pemuda-pemuda tersebut sebagai saudaranya.

Tindakan Jamal yang memberi nasihat kepada pemuda-pemuda tersebut telah menyelamatkan mereka dari menjadi mangsa kebodohan kumpulan Bersih. Kalau bertembung tak semestinya bergaduh, betul tak??

Kalau bersama, tak semestinya Jamal upah dorang untuk jadi peserta Bersih… Mungkin niat Jamal memang suci… Mahu menghalang rakyat dari terus menjadi kuda tunggangan Bersih dan DAP. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s