Ceramah Terakhir Bersih 5 Di P.Pinang Mengecewakan Guan Eng

1-copy

Ceramah terakhir didalam siri jelajah Bersih 5 di negeri P.Pinang berlangsung hambar, apabila hanya mampu menarik sekitar 200 orang hadirin sahaja semalam walaupun dihadiri oleh beberapa pemimpin terkenal Pakatan Harapan.

Ceramah yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina, Georgetown itu terpaksa dilewatkan hampir satu jam disebabkan dewan masih lagi kosong pada pukul 7.45 malam.

Penganjur ketika ditemui, memberikan alasan hujan dan juga kesesakan lalulintas yang menyebabkan kehadiran kurang memuaskan pada ceramah berkenaan.

Ceramah dihadiri oleh Hishamuddin Rais, Mujahid Rawa, Rashid Hasnon, RSN Rayer dan juga aktivis mahasiswa Anis Syafiqah yang didatangkan khas dari Kuala Lumpur untuk menghasut rakyat P.Pinang menyertai perhimpunan Bersih 5.

Didalam ceramah tersebut, bekas pemimpin Gerakan, Toh Kin Woon menjelaskan bahawa kehadiran tidak penting didalam demonstrasi Bersih 5 pada 19 November nanti, tetapi mesej yang hendak disampaikan lebih utama.

Timbalan Ketua Menteri 2 P.Pinang, Rashid Hasnon pula menggesa rakyat P.Pinang turun beramai-ramai ke demonstrasi Bersih 5 di Dataran Merdeka, kononnya demi untuk masa depan negara.

Beliau juga mendakwa ekonomi negara ketika ini sangat teruk dan peningkatan kos sara hidup semakin membimbangkan dibawah perintahan kerajaan BN.

Rashid juga menyatakan bahawa Pakatan sepatutnya memerintah Malaysia kerana telah memenangi undi popular pada pilihanraya umum yang lalu, tetapi ia dinafikan oleh sistem pilihanraya yang kurang efisien.

Aktivis mahasiswa Anis Syafiqah dari Universiti Malaya (UM) pula menuduh kerajaan BN menyusahkan generasi muda dan juga menyebabkan remaja kini tertekan dari segi mental.

Aktivis Sosial Hishamudin Rais pula bertegas bahawa demonstrasi Bersih 5 wajib diadakan, kerana ia membuatkan kerajaan BN ‘ketar lutut’ dan semakin hilang keberanian bila berdepan dengan Pakatan.

Dia juga mendakwa kali ini kemenangan akan berpihak pada rakyat kerana Tun Mahathir bersama-sama dengan Pakatan didalam perjuangan menumbangkan kerajaan.

Ceramah Bersih 5 semalam dikawal ketat oleh sekumpulan lelaki berbaju oren yang diketuai oleh Mejar Zaidi. Menurut beliau, ia bertujuan untuk mengelakkan ceramah berkenaan diganggu oleh kumpulan baju merah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s