Azmin Ali Yakin Rafizi Tidak Bersalah Dan Akan Bebas

azmin-yakin

Akibat kebaculan mulut Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli, beliau telah dikenakan tindakan dan telah dijatuhi hukuman penjara 18 bulan ke atas. Hukuman tersebut dijatuhkan oleh Mahkamah Sesyen diatas dua tuduhan, iaitu membocorkan maklumat berhubung laporan audit 1MDB yang diklafikasikan sebagai sulit.

Hukuman ke atas Rafizi juga dilihat boleh memberi pengajaran kepada semua Ahli Parlimen atau bekas menteri, khususnya pembangkang. Tindakan ini turut mengajar mereka supaya lebih bertanggungjawab di atas semua tindakan ataupun kenyataan yang akan dikeluarkan kepada umum.

Ternyata hukuman yang dikenakan keatas Rafizi menunjukkan bahawa Mahkamah hari ini bersifat adil dan tiada pihak boleh mengatasi undang-undang yang telah termaktub sejak sekian lama. Bagi Timbalan Presiden PKR DS Azmin Ali, yakin Rafizi tidak bersalah dan akan dibebaskan kerana ia belum diputuskan oleh mahkamah rayuan.

Walaupun ia belum diputuskan oleh mahkamah rayuan, puak pembangkang sepatutnya sudah serik untuk mencari publisiti murahan dengan membongkar rahsia negara kepada umum. Tidak dinafikan, tindakan Rafizi itu adalah untuk memancing sokongan kepada PKR yang semakin hambar ekoran kepincangan pentadbiran Azmin.

Disebabkan itu, Azmin juga bangkit mempertahankan Rafizi walaupun sudah terang kesalahan yang beliau lakukan itu menyalahi undang-undang. Kononnya Rafizi dilihat mewakili PKR untuk menyelamatkan rakyat daripada pemerintahan kuku besi seperti BN. Tetapi akibat mulut celupar, beliau terpaksa menanggung hukuman penjara.

Rasanya Azmin tidak perlu sibuk membela pesalah seperti Rafizi, sebelum ini Anwar sudah ke penjara. Kali ini giliran Rafizi yang juga daripada PKR. Nampaknya semua pemimpin PKR nanti terdiri daripada kalangan bekas-bekas banduan. Boleh jadi, selepas ini giliran Azmin pula akan menempah tiket ke penjara. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s