Ameng Spring Bakal Tarik Diri Dari Program Realiti Gegar Vaganza Musim Ketiga

f

Bila sebut jer program realiti Gegar Vaganza musim ketiga (GV3), dalam kepala Miss dah terbayang-bayang dengan ‘drama-drama’ yang pernah tercetus dalam program realiti tersebut.. Selagi belum sampai ke penghujung, macam-macam ‘drama’ yang akan tercetus..

Kali ni, giliran Ameng Spring pulak buat ‘drama’ u’olls.. Miss dengar Ameng kononnya berasa hairan, kenapa dia masih terselamat daripada tersingkir dari program Gegar Vaganza 3, walaupun melakukan kesilapan lupa lirik ketika mengadakan persembahan pada konsert minggu kelima..

Ameng kononnya dah menjangkakan dia akan disingkir, malah dah bersiap sedia untuk meninggalkan program realiti tersebut.. Lagipun ni bukan kali pertama Ameng lupa lirik, konsert-konsert sebelum ni pun sama jugak..

Ini yang Miss respect dekat Ameng sebab dia mengaku kesalahan sendiri.. Ameng memberitahu punca dia lupa lirik kerana sikapnya tak pernah serius bila menyanyikan lagu penyanyi lain.. Itu sebab lah Ameng pelik, kenapa dia boleh bertahan lagi dalam program realiti tersebut..

Disebabkan tu jugak lah Ameng kononnya berasa tertekan sejak menyertai GV3, sampai berharap agar dia tersingkir kerana merasakan tak dapat meneruskan perjuangan dalam program itu lagi.. Tapi u’olls jangan risau, Ameng tak akan tarik diri pun..

Ameng cuma luahkan apa yang dia rasa jer.. Walau macam mana pun, Ameng akan tetap teruskan jugak bertanding.. Cehh! Ada-ada jer Ameng ni kan.. Miss tengok Ameng macam sengaja meraih simpati orang ramai pun ada..

Apa-apa pun Miss harap Ameng bertanding lah dengan serius, selagi diberikan peluang kekal dalam program realiti tersebut.. Jangan sia-siakan peluang yang diberikan.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s