Adun Kangkung Hilang Bila Machang Bubuk Dilanda Banjir

2-copy

Adun PKR yang mewakili DUN Machang Bubuk dilaporkan hilang tanpa dapat dikesan sehingga hari ini, apabila kawasannya dilanda banjir petang semalam.

Hasil tinjauan mendapati, hampir seratus buah rumah di 6 buah kampung sekitar kawasan Machang Bubuk telah ditenggelami air sedalam 2 kaki.

Menurut makluman pihak Jabatan Pengairan dan Saliran Pulau Pinang (JPSPP), hujan lebat serta peningkatan air sungai di Sungai Tok Ajit dimaklumkan menjadi punca utama banjir di kawasan berkenaan.

Selain itu, fenomena air pasang besar yang kini melanda seluruh negara juga dilaporkan menyumbang sedikit kepada kejadian petang semalam.

Antara kawasan yang teruk dilanda banjir ialah, Kampung Tok Konan dimana penduduknya telah dipindahkan ke Masjid Jamek Machang Bubuk. Begitu juga dengan Kampung Bukit Teh dimana 30 rumah penduduk telah dinaiki air.

Ramai dikalangan penduduk kampung merungut apabila tiada langsung kelibat wakil rakyat yang turun padang untuk mengambil tahu masalah rakyat yang sedang kesusahan.

Menurut seorang warga emas di Kampung Bukit Teh yang ditemui, beliau berasa dukacita apabila penduduk terpaksa mengharapkan JKKK serta JPAM sahaja untuk menghadapi banjir.

Usaha untuk menghubungi wakil rakyat dari parti Keadilan kawasan tersebut juga gagal kerana mungkin beliau berada di luar kawasan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s