Siapa Yang Lagi Kaya Sebenarnya.. Mahathir Atau Najib Razak??

t2

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengaku dirinya seorang yang tidak berharta, papa kedana dan ‘terpaksa mengemis’ untuk hidup. Malah bagi membuktikan dirinya betul-betul miskin… Mahathir berkata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lagi kaya dari dirinya.

Boleh percaya ke yang Mahathir ni miskin?? Ujar Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu… Walaupun hartanya tidak sebanyak Najib… Tetapi itu tidak memadamkan hasratnya dan hasrat puak pembangkang untuk terus menjatuhkan perdana menteri tersebut.

Malah Mahathir begitu yakin mampu memenangi banyak kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) akan datang. Kononnya selagi PPBM tak menang besar dan berjaya menandingi Barisan Nasional (BN)… Maka selagi itu, PPBM akan kekal sebagai parti lawan.

Menurutnya lagi, Najib begitu dikenali malah terkenal di seluruh dunia kerana ‘kekayaannya’ itu. Konon kerana kekayaan Najib, pihak pembangkang tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya rakyat yang mampu mengubah segalanya.

Mahathir berkata demikian ketika berucap pada Forum Khas Bersatu Meneroka Masa Depan yang diadakan di Dewan Bukit Jelutong, di Shah Alam, malam tadi.

Apa yang menghairankan Gomez, Mahathir ni dakwa Najib lagi kaya darinya! Tapi apa yang Gomez lihat kekayaan Mahathir ni sangat-sangat banyak dan terlalu banyak, sehingga mampu menjadikan anak-anaknya sebagai billionaire! Jadi siapa lagi kaya sebenarnya?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s