Sektor Pertanian Dapat Perhatian Dalam Bajet Kedah 2017

t1

Dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi di negeri Kedah… Sektor pertanian antara yang diberi perhatian ketika pembentangan Baget Kedah 2017, semalam. Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah bertekad mahu mengekalkan reputasi negeri tersebut sebagai Jelapang Padi.

Selain itu, peruntukan yang banyak bagi sektor pertanian ini bertujuan bagi menggalakkan golongan muda serta seluruh masyarakat di negeri Kedah untuk meneroka bidang-bidang pertanian secara meluas.

Ini termasuklah meneroka bidang-bidang lain seperti industri ternakan haiwan… Antaranya ayam piru dan itik… Juga industri asas tani seperti penanaman cendawan, buah-buahan, madu kelulut serta sayur-sayuran.

Peruntukan sebanyak RM14.5 juta telah disediakan sebagai peruntukan kepada pembangunan dalam sektor pertanian, ternakan dan industri asas tani. Peruntukan tersebut dipecahkan kepada enam bahagian.

Sebanyak RM2.5 juta diperuntukan bagi pembangunan industri padi, manakala sebanyak RM2.5 juta pula bagi industri ternakan Ruminan dan tenusu. Manakala RM1.5 juta pula disediakan untuk pembangunan dan inovasi industri buah-buahan, tanaman ladang dan industri sayuran.

Selain itu, sejumlah RM1.7 juta pula diperuntukkan untuk insentif tanaman industri, madu lebah, kelulut, cendawan, komoditi berpotensi serta lain-lain industri asas tani. RM5.0 juta bagi pengurusan pembangunan dan pemulihan sumber hutan negeri.

Dan baki RM1.2 juta pula dikhaskan untuk pembangunan ternakan unggas dan peningkatan pengeluaran bahan makanan. Jadi dengan peruntukan sebanyak itu, para petani dan anak-anak muda harus berani mengambil peluang keemasan ini untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya. Ingat pertanian adalah perniagaan!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s