Sazzy Falak Tak Kisah Kelihatan Tua Dimata Netizen

13fazzy-transformed

Saat pelakon dan ahli perniagaan, Sazzy Falak, 35, memuat naik gambar wajah tanpa mekap dan menunjukkan warna rambut terbaharu, golongan netizen pula memberi komen mengenai wajahnya yang kelihatan tua dan penat.

Bagaimanapun Sazzy yang kini sedang berlibur bersama keluarga di Club Med Kani, Maldives, tidak cepat melatah dan membalas komen berkenaan menerusi keterangan pada gambar berkenaan.

Kata pelakon Gol dan Gincu itu, beliau bersikap terbuka dengan komen yang diberikan mengenai wajah beliau yang kelihatan, tua, penat dan tidak menunjukkan usianya sebenar.

“Inilah wajah saya yang sebenar. Saya seorang ibu kepada anak kembar, menjalani dua perniagaan yang sukses dan mempunyai karier sebagai juruacara majlis dan hos di televisyen.

“Saya bekerja keras dan jarang berehat, tetapi saya bahagia. Dan saya gembira dengan rupa saya kini,” katanya.

Tambah Sazzy, selepas mendapat pelbagai reaksi mengenai gambarnya itu, beliau menambah lagi kapsyen pada foto berkenaan khas buat wanita yang berasakan diri mereka tidak sempurna.

Ujar Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Festival Filem Malaysia Ke-19 itu, beliau juga tidak sempurna seperti wanita lain, namun tetap gembira tanpa mempedulikan kata-kata masyarakat.

“Buatlah apa saja, akan ada pihak yang akan merendahkan diri anda tanpa mengetahui apa yang anda lalui.

“Banggalah dengan diri anda, tidak kira bagaimana rupa anda. Bagi yang memilih untuk bercakap apa yang mereka rasakan, ia sebenarnya adalah refleksi daripada apa yang mereka rasakan mengenai diri mereka.

“Biarkan orang seperti itu, sebaliknya fokus terhadap orang yang memberi kebahagiaan di sekitar anda. itulah kehidupan yang sebenar!” tuturnya.

Sazzy berada di Maldives sehingga 15 November ini bagi menyambut ulang tahun perkahwinan yang ke-10 bersama suami, Nazril Idrus.

Turut serta dalam percutian berkenaan ialah anak kembar mereka, Iman Lily dan Tiara Rose, 5 tahun.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s