Rakyat Kedah Boleh Bezakan Diantara Pemerintahan Pembangkang Dan BN

rakyat-kedah

Semalam telah berlangsung pembentangan Bajet Kedah 2017. Pembentangan kali ini dilihat memberi kelebihan kepada seluruh rakyat negeri itu. Sehubungan itu, Menteri Besar DS Ahmad Bashah Md Hanipah turut memberi pandangan beliau mengenai dakwaan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir.

Sebelum ini Mahathir mendakwa kemenangan BN bergantung kepada perpecahan pembangkang. Sekiranya pembangkang bersatu kelak, sudah pasti keputusan ini akan berubah sama sekali dan memberi kelebihan kepada pembangkang. Menerusi dakwaan tersebut, Ahmad Bashah menyangkal perpecahan pembangkang memberi kelebihan kepada BN.

Beliau menegaskan kemenangan BN diambil kira dari segi kerjasama didalam parti itu.. BN sentiasa bekerjasama dalam satu pasukan dan sama sekali tidak lemah. Disebabkan kekuatan berdasarkan kerjasama ini, BN boleh menang mudah di semua kawasan semasa pilihan raya. Hal ini terbukti, BN masih lagi mendapat tempat di hati rakyat dan tidak menggunakan alasan pembangkang berpecah untuk menang.

Di Kedah, rakyat sudah boleh membezakan pemerintahan pembangkang mahupun BN. Semasa PRU12, BN tewas kepada PAS dan menjadikan Kedah sebagai salah sebuah negeri yang ditadbir oleh pembangkang. Namun semasa PRU13, BN Kedah berjaya merampas kembali kerana rakyat sudah muak dengan pentadbiran pembangkang yang tidak membawa apa-apa perubahan pada negeri Kedah.

Pengalaman berada di bawah pentadbiran pembangkang sudah dirasai oleh rakyat Kedah. Oleh itu, kempen untuk bersama PPBM tidak memberi kesan kepada rakyat negeri itu. Hal ini kerana PPBM akan bersekongkol bersama pembangkang lain dan akan menjadikan mereka sama seperti PKR, DAP dan PAN.

Rakyat Kedah masih boleh merasai pemerintahan pembangkang sekiranya mereka membuang undi kepada parti bunga. Ahmad Bashah juga yakin, kehadiran PPBM adalah perkara biasa dalam sistem demokrasi dan beliau berharap rakyat akan membuat keputusan yang bijak. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s