Rafizi Bakal “Teman” Anwar Di Penjara

t

Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli tidak lama lagi bakal menemani taikonya, Datuk Seri Anwar Ibrahim di penjara.

Mana tidaknya, Mahkamah Sesyen telah memutuskan bahawa Rafizi bersalah di atas pertuduhan membocorkan maklumat sulit berhubung laporan audit 1 Malaysian Development Berhad (1MDB).

Rafizi didapati bersalah, malah gagal untuk menimbulkan sebarang keraguan terhadap dakwaan yang dibuat terhadapnya. Bukan itu sahaja, Hakim Zulqarnian Hassan juga turut mempertikaikan tindakannya yang enggan membuat sebarang pembelaan.

Rafizi mendakwa dirinya tidak membela diri, kononnya akibat muka surat 98 yang dipertikaikan itu tidak lengkap dan tidak dikemukakan di mahkamah. Namun begitu, dalam satu rakaman video sidang media mendapati Rafizi sebenarnya tahu mengenai isu yang terkandung dalam muka surat tersebut.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah masih lagi mempertimbangkan dan mendengar rayuan dari peguam Rafizi, Gobind Singh Deo. Hukuman masih belum dijatuhkan dan masih dibincangkan.

Namun begitu Rafizi bakal berdepan dengan hukuman penjara maksima 7 tahun jika didapati bersalah di bawah Seksyen 8 Akta Rahsia Rasmi kerana membocor rahsia rasmi secara salah. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s