PAS Hanya Mahu Main Tarik Tali

pas

Lebih baik Pakatan Harapan yang diketuai oleh parti cauvanis DAP melupakan sahaja hasrat untuk mendapatkan kerjasama dari parti Islam PAS. Bukan apa… Makin lama makin menjadi-jadi pula perangai parti islam ni.

Sekejap mahu bekerjasama dengan syarat menjadi pengemudi utama… Tapi sekarang ni keluar kenyataan, katanya hanya sudi berbincang sahaja tetapi tidak mahu menjalinkan kerjasama. Tak kisah la sama ada kerjasama dengan Pakatan Harapan mahupun bersama Barisan Nasional (BN). Pendek kata, dorang cuma nak berbincang je tapi taknak kerjasama.

Mursyidul Am PAS baru, Hashim Jasin berkata, PAS berpegang pada ajaran Islam… Berbincang walaupun dengan musuh. Katanya untuk mencari pandangan berbeza… Tapi untuk jalin hubungan jauh sekali tidak.

PAS sanggup berbincang sama ada dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), BN, DAP mahupun parti-parti lain. Ujar Hashim… Namun begitu, ia hanya sekadar berbincang tidak bermakna bersatu.

Sepatutnya PAS perlu menggambarkan gambaran yang jelas kepada parti lain tentang pendirian mereka yang sebenar. Kalau taknak baik cakap taknak je, tak payah main tarik tali. Ini tidak! Sekejap bersyarat, lepas tu cakap tak mahu kerjasama pulak.

Mursyidur Am PAS menyeluarkan kenyataan hanya mahu berbincang sahaja ketika beliau ditanya mengenai adakah PAS pernah bertemu dengan BN atau PPBM bagi membincangkan soal kerjasama antara mereka.

Aduhhhh… Tindakan PAS ini hanya merumitkan keadaan! Macam mainan politik tidak matang je Gomez tengok. Sebaiknya PAS berbincang dengan semua anggotanya dan putuskan jawapan mereka. Tak perlu keluarkan kenyataan peribadi dan bersifat bukan wakil suara parti. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s