Parti Komunis China Kecewa Dengan Tindakan Pembangkang Malaysia

71401598498_295x200

Timbalan Ketua Pengarah Parti Komunis China (CPC), Rao Huihua melahirkan rasa sangat kesal dan terkilan dengan sikap busuk hati pihak pembangkang di Malaysia.

Macam mana CPC tak kecewa… Boleh pulak puak pembangkang tu mempolitikan dan mengecam kunjungan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak ke China tempoh hari. Sepatutnya perkara itu tidak harus berlaku.

Huihua mengharapkan agar negara Malaysia dan China tidak terjejas dengan tindakan tidak bertanggungjawab pihak pembangkang tersebut. Malah beliau mendoakan agar kebiadapan pembangkang itu tidak menjejaskan hubungan dua hala antara kedua-dua negara yang sudah terjalin hampir dua dekad itu.

Beliau melahirkan rasa sedih dan kesal tersebut ketika dalam kunjungan hormatnya di ibu pejabat UMNO. Kunjungan tersebut adalah untuk bertemu dengan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Irmohizam Ibrahim.

Bukan itu sahaja, kehadiran Huihua di Malaysia juga adalah disebabkan bagi menghadiri Perhimpunan Agung MCA. Beliau juga ingin melihat keadaan dan nilai politik di negara ini.

Sementara itu, Irmohizam juga turut menzahirkan kesedihan melihat keadaan politik pembangkang sekarang ini… Sanggup mewujudkan pandangan negatif bagi merosakkan pemikiran rakyat terhadap kunjungan hormat Najib ke China.

Memang dah jadi hobi puak pembangkang agaknya mengucar-kacirkan dan mengganggu-gugat kepercayaan serta keyakinan rakyat terhadap pemimpin mereka.

Jelas sebenarnya kunjungan Najib ke China adalah bagi meningkatkan hubungan baik antara kedua-dua negeri tersebut. Selain mahu memberi kesan positif terhadap sosioekonomi kedua belah pihak. Sikap pembangkang memang suka memporak-perandakan hubungan baik yang terjalin. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s