Pakatan Pembangkang Mengamalkan Pakatan Politik Yang Sangat Hipokrit

6

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berpesan bahawa masa depan negara sekarang ini tidak boleh terlalu bergantung kepada pengaruh pakatan pembangkang, Pakatan Harapan yang diketuai parti DAP.

Hal ini kerana Pakatan Harapan kini sering mengamalkan pakatan politik yang sangat hipokrit… Malah langsung tak ada keikhlasan dan sering mengamalkan konsep berpatah balik kepada sesuatu perkara.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri mensarankan agar rakyat bijak memilih sebuah parti yang sering mengamalkan kerjasama yang erat… Tidak mengabaikan hubungan antara parti gabungan yang lain demi membentuk masa depan negara yang terjamin dan melahirkan rakyat yang berwawasan.

Seperti Barisan Nasional (BN) yang sentiasa konsisten dan bersependapat dalam membuat keputusan… Malah menyelesaikan segala permasalahan bersama parti kompenan dan sering mengamalkan aspek kesederhanaan. Langsung takde buat sebarang tindakan yang ekstrem.

Bukan seperti pembangkang… Korang ingat kerjasama antara Lim Kit Siang dan Tun Dr Mahathir Mohamad tu ikhlas ke?? Ingat Kit Siang tu suka sangat ke kat Mahathir? Mahathir pun bukan ikhlas.. Dulu cakap Kit Siang rasis, anti-Melayu dan anti-Islam.

Si Kit Siang pulak kata Mahathir diktator dan macam-macam lagi… Begini ke yang dinamakan politik seimbang?? Macam mana la nak percayakan pembangkang yang bersifat hipokrit ni. Banyak kali sangat dah buat pusingan U.

Jadi macam mana dorang nak memerintah negara? Tindakan mereka sering mengelirukan rakyat… Malah mereka sendiri pun keliru dengan tindakan masing-masing. Oleh demikian, Najib mengingati rakyat agar sentiasa buka mata dan lihat situasi sebenar. Kerajaan mana yang boleh pakai dan kerajaan mana yang tak boleh pakai. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s