Masih Relevankah Sandro Untuk Pasukan Kedah??

t3

Tatkala penyokong pasukan skuad Hijau Kuning berdebar-debar menunggu kepulangan pemain import kesayangan mereka, Sandro da Silva kembali kepada pasukan Kedah. Ramai juga yang tertanya-tanya.

Masih relevankah Sandro untuk skuad Hijau Kuning?? Bukan apa… Kita tahu Sandro banyak juga jasanya untuk pasukan Kedah FA. Namun dengan umurnya yang kini sudah menjangkau 33 tahun, ia boleh dikategorikan sebagai agak tua.

Kemudian Sandro juga pernah mengalami kecederaan dan pernah direhatkan oleh skuad Hijau Kuning… Cuma Gomez nak tanya, masih tinggikah tahap kecergasan Sandro yang pernah alami kecederaan ni?? Mampukah Sandro ulang kembali magisnya kepada pasukan Kedah seperti musim lalu?? Selalunya kalau pemain yang berumur sebegitu… Ditambah pula pernah mengalami kecederaan. Memang payah la nak perform semula, betul tak??

Bukan nak cakap yang Sandro ni tak hebat… Tidak sama sekali kerana persembahan Sandro untuk pasukan Kedah boleh dikatakan agak membanggakan dan harus diberi pujian. Tapi tak salah kalau pihak Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) cari pemain import baru dan pemain yang lebih muda bagi menggantikan Sandro.

Tak payah la cari yang tua bangka sangat… Buang duit je… Last-last asyik cedera dan jadi pemanas kerusi simpanan je… Dah tu buang duit untuk pulihkan kecederaan dorang pulak. Tak salah pun kalau KFA cari pemain muda yang lebih bertenaga dan berbakat.

Lagi satu, musim hadapan adalah musim yang sangat mencabar bagi skuad Hijau Kuning kerana mereka ada misi untuk mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia. Bukan tu je, dorang juga harus memperkasakan pasukan mereka.

Jadi tak payah la nak buang duit ambil pemain import yang tua bangka macam Chidi Edeh dan Carlos Kahe… Mahal saja tapi persembahan entah apa-apa.. Lain kali kalau nak ambil import tu, ambil la yang power sikit… Jangan pilih ayam tua pulak. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s