Mahathir Yakin Zaman Pentadbirannya Lebih Baik Dari Najib Razak

mahathir-yakin

Nampaknya Tun Mahathir masih belum muak dengan politik, walaupun sudah menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun. Umur beliau sekarang juga telah mencecah 91 tahun tetapi beliau masih mahu memperjuangkan politiknya. Boleh jadi beliau tidak mahu bersara daripada dunia politik kerana mahu melihat anaknya, DS Muhkriz menjadi Perdana Menteri menggantikan DS Najib Razak.

Umum tahu perjuanganya dalam politik pembangkang hari ini hanya mahu menggulingkan kerajaan sedia ada. Kononnya beliau sayangkan negara sebab itu beliau mahu terus membawa perjuangan politik melalui PPBM. Mahathir juga tidak malu bekerjasama dengan parti pembangkang lain, walaupun parti pembangkang tersebut pernah menjadi bahan cacian beliau.

Sikap terdesak Tun M memang ditunjukkan dari awal penubuhan PPBM. Kini beliau seolah-olah menyalahkan Najib dalam semua aspek. Mahathir juga mengutuk zaman pentadbiran Najib kerana rakyat tidak diberikan kuasa untuk bersuara dan akan dikenakan tindakan, sekiranya ada individu yang cuba mempersoalkan kepimpinannya.

Mungkin Mahathir lupa semasa zaman kegemilangannya, beliau menolak hak bersuara yang menjurus kepada perhimpunan seperti BERSIH. Namun kali ini, beliau mahu semua rakyat menyokong BERSIH kerana itu adalah hak bersuara. Sokongan kepada BERSIH telah menggambarkan betapa terdesaknya Mahathir untuk menggulingkan Najib.

Mana tidaknya, masa yang beliau ambil untuk menjatuhkan Tun Abdullah Ahmad Badawi kurang daripada tiga tahun. Tetapi agenda untuk menjatuhkan Najib, beliau terpaksa mengambil masa lebih daripada tiga tahun. Sebelum ini beliau tidak pernah kalah di dalam berpolitik, sebab tu pertemuan beliau dengan DS Najib Razak boleh dikatakan ibarat pertemuan buku dengan ruas..

Kebebasan hak bersuara di Parlimen turut dibangkitkan Mahathir. Katanya semasa zaman beliau, Ahli Parlimen bebas bersuara tidak seperti sekarang. Sikap pembangkang sendiri yang telah menjadikan kebebasan tersebut perlu disekat kerana hari ini, rata-rata ahli parlimen pembangkang tidak mematuhi arahan yang telah ditetapkan oleh dewan parlimen.

Mahathir hanya tahu menuduh dan mahu rakyat melihat zaman pentadbiran Najib lebih teruk berbanding sebelumnya. Mahathir sepatutnya lebih sedar dengan usia yang lanjut seperti ini, beliau perlu menerima hakikat era Mahathir sudah menjadi sejarah buat rakyat. Walaupun beliau menggunakan PPBM sebagai platform baru, ia memerlukan masa untuk membuktikan keberkesanan parti tersebut. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s