Mahathir Seorang Yang MUNAFIK!!

mahathir_pakacon_1311_620_517_100

Sangat memalukan dan umpama seorang yang munafikkkk!! Tun Dr Mahathir Mohamad yang dahulunya sangat anti terhadap Bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah beralih angin.

Kalau dulunya benci tapi kini sayang! Terlalu sayang sehinggakan Bekas Perdana Menteri itu sanggup memakai lencana yang tertera perkataan “Free Anwar’ ketika dia dilihat menghadiri majlis Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2016 baru-baru ini.

Bagi Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin, beliau menganggap perbuatan tersebut adalah sangat pelik dan aneh. Jelas Mahathir kini menghalalkan apa sahaja tindakan terkutuk, ini termasuklah perbuatannya yang mahu berbaik semula dengan musuh ketatnya sendiri.

Nampak seolah-olah Mahathir langsung tiada pendirian… Bahkan tidak mempunyai maruah diri. Dahulu bukan main lagi berpegang pada prinsip dan pendiriannya… Tapi kini gara-gara dendam politik… Prinsipnya sendiri bagai dipijak-pijak.

Perkara pelik sekali lagi berlaku apabila Mahathir memutuskan persetujuannya untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan. Namun sebaliknya berlaku bagi Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini menentang penyertaan parti itu dalam pakatan tersebut.

Kononnya Muhyiddin masih memerlukan perbincangan dan pandangan yang secukupnya sebelum mereka memutuskan untuk bekerjasama. Tapi Gomez hairan sangat dengan perangai tak tahu malu Mahathir ni.

Dahulu bukan main lagi bermusuh dengan Anwar sehingga menghumbannya ke dalam penjara. Tapi kini lain pulak yang berlaku apabila Mahathir pula yang menjadi ‘tukang jilat’ Anwar. Sampai pakai lencana bagai… Hahaha! Dah terdesak teruk agaknya. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s