Johor Darul Ta’zim Dan Nike ‘Kembali Bersama’

img_8195

Juara Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal kembali menggunakan jenama peralatan sukan terkenal dari Amerika Syarikat, Nike pada musim depan.

Pada musim ini, juara Piala AFC 2015 itu mendapat penajaan daripada satu lagi pengeluaran peralatan sukan terkenal dunia yang berpangkalan di Jerman, Adidas.

Perkembangan terbaharu itu diumumkan menerusi akaun rasmi Facebook kelab bola sepak berkenaan, Johor Southern Tigers..

Presidennya, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim berkata, JDT sekali lagi merintis sejarah selepas bakal mengesahkan penajaan terbesar membabitkan pasukan bola tempatan menerusi penajaan dengan jenama gergasi barangan sukan itu.

“Kontrak perjanjian tajaan JDT bersama Adidas akan berakhir pada penghujung tahun ini.

“Jadi kami bakal menandatangani perjanjian tajaan terbaharu bersama Nike selama tiga tahun bermula tahun 2017.

“Ini adalah satu pengiktirafan tertinggi membabitkan pasukan bola sepak di negara ini kerana penajaannya yang termahal dalam sejarah bola sepak tanah air,” katanya.

Sebelum ini, pasukan Harimau Selatan itu pernah menggunakan jenama Nike untuk dua musim iaitu pada 2014 dan 2015 manakala mereka menggunakan jenama Itali, Kappa pada 2013.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s