Johan As’ari Mengaku Jatuh Cinta Dengan Wan Sharmila

JOHAN AS'ARI

Pelakon, Johan As’ari, 30, mengakui terbabit dalam cinta lokasi dengan Wan Sharmila, namun ia sekadar demi menghayati watak suami isteri untuk drama berantai ‘Jejak Karmila’ yang baru selesai penggambaran bulan lalu.

Katanya, evolusi yang dilalui sepanjang hampir enam tahun bergelar anak seni menjadikannya lebih matang sama ada dalam tindakan mahu pun berdepan gosip membabitkan peribadi atau cinta.

“Memang benar kami melalui cinta lokasi, tetapi jangan cepat membuat andaian. Ia hanya dalam babak Jejak Karmila, bukannya terbawa-bawa di luar set. Malah kalau ikutkan babak berdua dengannya cuma tiga hari.

“Kalau tersebar kisah kami bercinta, itu tandanya penghayatan kami ‘menjadi’. Selepas penggambaran berakhir pula, saya dan Wan Sharmila cuma keluar minum sekali saja. Itupun kami pergi bersama beberapa kawan lain.

“Saya pun tidak mahu cepat melatah apabila dimaklumkan mengenai gosip ini. Apatah lagi kami sama-sama sudah matang. Mungkin kalau saya yang dulu, situasinya agak berbeza. Masing-masing saling suka, lalu cinta lokasi berterusan hingga ke luar.

“Apa pun semuanya ketentuan Ilahi. Setakat ini, tumpuan saya adalah terhadap kerjaya lakonan. Soal cinta pula, andai ia sudah ditakdirkan sedemikian, saya terima dengan hati terbuka,” katanya yang berlakon dengan aktres berkenaan buat kali pertama empat tahun lalu.

Selain Johan dan Wan Sharmila, 35, kisah seorang ibu yang mencari anak-anaknya selepas keluar dari penjara turut membariskan Fauziah Nawi, Ogy Ahmad Daud, Mia Ahmad dan Ruhainies.

Menyentuh mengenai kerjayanya, Johan tidak dapat menyembunyikan rasa teruja apabila tiga drama lakonannya, Anak Ibu Buangan Ibu, Hujan Malam Itu dan Lafaznya Aamiin disenaraikan dalam Anugerah Skrin (ASK) yang berlangsung pada 18 November ini.

Akuinya, sebagai penggiat seni, majlis pengiktirafan seumpama itu dianggap sebagai penghormatan buat semua karyawan, sekali gus menyatukan seluruh warga produksi sama ada yang berada di depan mahupun di belakang tabir.

“Saya berbesar hati apabila drama lakonan saya ‘bolos’ untuk senarai akhir. Sebagai pelakon, saya sendiri tidak sabar untuk turun padang bersama-sama karyawan lain untuk memberikan sokongan,” katanya yang selesa membawakan watak hitam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s