DAP Tubuhkan Badan Peronda Sukarela Untuk Ganti Polis Di P.Pinang?

c1

Selepas Pasukan Peronda Sukarela (PPS) diharamkan pada tahun 2014, kini DAP sekali lagi cuba mencetuskan kontroversi dengan menubuhkan pula Badan Peronda Sukarela (BPS) di Pulau Pinang.

Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng melancarkan penubuhan BPS itu di Komtar semalam dengan dihadiri oleh semua exco kerajaan negeri di Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR).

Didalam ucapan semasa pelancaran tersebut, Guan Eng memberitahu media bahawa beliau telah memaklumkan pada Menteri Dalam Negeri dan juga Ketua Polis Negara.

Guan Eng juga menegaskan bahawa BPS tidak merancang untuk mengambil alih tugas Polis, sebaliknya Guan Eng menyatakan BPS ditugaskan untuk menjaga masyarakat setempat.

Anggota-anggota BPS juga dikatakan akan membantu masyarakat mencegah dan membanteras jenayah bersama-sama Polis di negeri P.Pinang.

Sebelum ini, Pasukan Peronda Sukarela (PPS) menimbulkan kekecohan pada rakyat negeri apabila ada anggotanya dilaporkan bertindak diluar batasan dengan memukul orang awam.

Sebanyak dua kes dilaporkan oleh orang awam yang mendakwa mereka dipukul oleh anggota PPS yang turut sama disertai oleh ahli-ahli kumpulan kongsi gelap di negeri ini.

Selain itu juga, PPS turut dipersoalkan oleh rakyat kerana menerima peruntukan RM 10’000 setiap bulan oleh kerajaan DAP dan juga memakai seragam termasuk walkie talkie serta membawa cota.

Oleh kerana bertindak melampaui kuasa, rakyat P.Pinang pada ketika itu membantah dan mengecam PPS yang ditubuhkan oleh Guan Eng, sehingga akhirnya pasukan tersebut diharamkan oleh kerajaan.

Kini dengan penubuhan BPS bagi menggantikan PPS, apakah Guan Eng dan Kerajaan DAP P.Pinang mahu mengulangi kembali kekecohan yang berlaku pada tahun 2014 lalu?

Adakah masih tidak cukup pemantauan dan pengawasan serta pencegahan jenayah yang kini dilaksanakan oleh pihak Polis sehingga Guan Eng dan DAP beria-ia mahu menubuhkan ‘pasukan keselamatan’ sendiri??

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s