Bekas Suami Dedahkan Zarina Anjoulie Terlibat Dengan Aktiviti Penyeludupan Manusia

1a

2a

Pelakon yang dikenali menerusi drama ‘Anak Pontianak’, Zarina Anjoulie sering dihimpit dengan kontroversi panas.. Kontroversi panas yang tercetus pun gara-gara perangai teruk Zarina sendiri sebelum ni.. U’olls pun tahu kan macam mana perangai Zarina sebelum dia berkahwin dan berhijab..

Selepas dia melahirkan anak dan berhijab, ramai yang nampak Zarina dah banyak berubah dan menumpukan perhatian kepada perniagaan makanannya sekarang ni.. Tapi baru-baru ni, Miss dengar bekas suami Zarina telah memuat naik satu status yang menarik perhatian ramai di akaun Instagramnya..

Nampaknya memang betullah yang Zarina ni dah bercerai dengan bekas lelaki dia tu.. Apa yang menarik perhatian Miss, bila bekas suami Zarina memuat naik perbualannya bersama Zarina..

Terkejut besar Miss bila baca dorang punya perbualan dan jugak kapsyen yang ditulis bekas suami Zarina tu, hah! Mana taknya u’olls, bekas suami Zarina mendakwa Zarina terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia.. Kononnya Zarina ‘mak ayam’ lah! Biar betul ni u’olls??

Siap minta pihak berkuasa siasat Zarina bagai.. Tapi Miss tengok mesej yang dihantar Zarina kepada bekas suaminya pun.. Zarina ada menulis ‘aku jual pelacur bising’.. Apa maksud Zarina yer?? Memang Zarina terlibat dengan aktiviti penyeludupan manusia ke?? Panas betul status bekas suami Zarina ni!

Walaupun bekas suami Zarina memuat naik status panas ni, tapi Miss tengok di akaun Instagram Zarina tak ada pulak memuat naik status menghentam balik bekas suaminya itu.. Apa-apa pun u’olls tunggu jer lah kenyataan balas dari Zarina.. Kalau betul dakwaan bekas suami Zarina ni, memang Miss tak sangka yang Zarina sanggup buat kerja terkutuk macam tu.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s