Bagaimana Anak-Anak Mahathir Bergelar Billionaire Di Dunia?

t4

Siapa tak kenal dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, si bekas Perdana Menteri tu kan?? Pasti semua orang kenal… Bukan setakat di Malaysia je, pastinya seluruh dunia pun kenal sangat dengan Mahathir tu.

Baru-baru ini Mahathir mempertikaikan mengenai kekayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Katanya Najib tu lagi kaya-raya dari dirinya. Iyeke macam tu?? Sebab apa yang Gomez nampak, sekarang ni sebenarnya Mahathir tu lagi kaya dari Najib.

Kalau Mahathir tak kaya, masakan anak-anaknya mampu jadi billionaire??!! Teringin jugak Gomez nak tahu bagaimana anak-anak Mahathir mampu jadi billionaire… Bukan setakat di Malaysia je tau tapi di dunia. Perhhh, kaya betul anak Mahathir ni.

Anak Mahathir yang paling kaya setakat ini adalah Mokhzani Mahathir… Kekayaan yang dimilikinya sekarang ini mencecah lebih RM2.1 bilion… Ini menjadikan Mokhzani berada dalam senarai 10 orang terkaya di Malaysia.

Perhhhh, kaya bebbb! Dengar kata Mokhzani ni berada di tangga kedua orang-orang kaya di Malaysia… Bukan tu je… Anak Mahathir sorang ni juga tersenarai di antara 10 orang terkaya di dunia. Perhhhhh, gila lah! Kaya betul!

Korang nak tahu bagaimana Mokhzani ni boleh kaya dengan “usaha” sendiri seperti yang diperkatakan Mahathir? Mokhzani sanggup tipu rakyat, malah memaksa syarikat awam seperti Petronas untuk membeli syarikat mereka yang hampir bankrap.

Paksa pegawai kerajaan menganugerahkan tender kepada mereka dan memaksa para menteri tunduk menyembah mereka, lantas memberi kontrak jabatan yang besar-besar. Bukan tu je… Mokhzani ni punya la kaya sampaikan dia dan isterinya ada share dalam 200 buah syarikat tempatan.

Ini menjadikan Mokhzani orang ketiga mempunyai pegangan terbanyak dalam syarikat… Orang kedua terbanyak adalah abangnya Mirzan Mahathir. Itu belum lagi sebut pasal harta luar negara… Sebab dorang banyak buat perniagaan luar seperti arak dan sebagainya.

Tu tak sebut lagi pasal Mukhriz Mahathir yang ada 55 buah syarikat… Dari mana datangnya kekayaan anak-anak Mahathir ni?? Dengan begitu cepat dorang mampu jadi jutawan?? Malah nilai pendapatan Mokhzani mencecah RM167 juta ringgit setahun.

Nilai pendapatannya tu sama tinggi dengan nilai pendapatan MAS pada keseluruhan tahun 1998/9… Malah 350 kali ganda tinggi pada gaji tahunan ayahnya sebagai perdana menteri. Korang rasa tu semua hasil ‘usaha’ Mokhzani ke??

Anak Najib pun takde yang jadi jutawan tau… Malah nak tersenarai dalam senarai orang-orang terkaya di Malaysia pun jauh sekali. Jadi logik ke kalau Mahathir cakap, dorang ni dapat duit untuk mulakan perniagaan dari pinjaman bank berjuta-juta ringgit??

Korang pernah terfikir tak, kalau Mahathir ni tak jadi perdana menteri selama 22 tahun… Mampu ke anak-anaknya jadi billionaire macam sekarang ni?? Dan Gomez nak tahu sangat tip untuk kaya dengan cepat macam anak Mahathir ni.. Yela, dah kata usaha sendiri kan, kongsi la sikit. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s