Air Terjun Teh Tarik Bukti Penerokaan Tanah Bukit Di Bayan Lepas

Air yang mencurah-curah turun dari atas bukit bersebelahan pangsapuri Bayu Nyaman, Bayan Lepas sewaktu hujan petang semalam, membuktikan bahawa terdapat penerokaan tak terkawal di atas bukit terbabit.

Walaupun sebelum ini kerajaan DAP negeri P.Pinang menafikan kewujudan penerokaan bukit yang membahayakan penduduk sekitar, namun realiti membuktikan sebaliknya.

‘Air terjun segera’ ala-ala Theme Park yang wujud selepas hujan beberapa jam semalam, sangat dikhuatiri oleh penduduk setempat kerana mereka risau tentang kemungkinan berlakunya tanah runtuh.

Hasil tinjauan mendapati, ‘air terjun segera’ berkenaan dipenuhi lumpur serta tanah merah yang membanjiri seluruh jalanraya dikawasan perumahan berhampiran.

Jelas kelihatan keladak tanah bersama batu-batu kecil turun bersama air terjun terbabit. Ini juga membuktikan bahawa hakisan sedang berlaku dikawasan atas bukit berhampiran.

Jika tidak dipantau dengan teliti, memang tidak mustahil akan berlaku tanah runtuh akibat dari tanah bukit yang menjadi longgar akibat dari penebangan pokok yang menjadi tadahan air.

Menurut penduduk setempat yang ditemui, mereka memaklumkan bahawa rungutan serta aduan telah dimaklumkan kepada pihak yang berwajib, namun tiada sebarang tindakan susulan diambil.

Selain membahayakan nyawa kanak-kanak yang asyik bermain di kawasan air yang turun dari atas bukit berkenaan, penduduk juga bimbang dengan mendapan tanah yang mungkin berlaku.

Jika diperhatikan, jalanraya dikawasan bulatan Flat Bayu Nyaman menjadi tak ubah seperti kolam ikan. Air yang bertakung mengambil masa yang lama untuk kering dan ini akan menyebabkan tanah dikawasan berkenaan akan menjadi tidak kukuh.

Kerajaan DAP negeri digesa lebih bertanggungjawab terhadap keselamatan penduduk dikawasan bukit, dan seharusnya lebih mementingkan nyawa rakyat berbanding dengan keuntungan poket kroni.

Jangan sampai rakyat hilang nyawa akibat tragedi hasil dari penerokaan tak terkawal, barulah kerajaan DAP mahu bertindak kerana ianya sudah terlambat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s