Zaman Politik Mahathir Di Langkawi Hanya Tinggal Sejarah

Desas-desus bahawa penaja PPBM, Tun Mahathir mahu menjadikan Langkawi sebagai kubu kuat parti bunga telah mendapat perhatian Datuk Sohaimi Shahadan. Menurut Sohaimi, beliau tidak menolak jasa Mahathir selama ini yang membangunkan Langkawi semasa zaman kegemilangan politik beliau.

Namun sekarang masa sudah berubah, dan tanggungjawab Langkawi kini tetap digalas oleh pemimpin UMNO. Walaupun dulunya Mahathir dikenali di atas tiket UMNO, kini beliau tidak boleh menggunakan populariti tersebut untuk menjadikan Langkawi sebagai platform memperluaskan kuasa parti bunga.

Walaupun rakyat Langkawi berterima kasih kepada Mahathir kerana sumbangannya pada masa dulu, ia tidak boleh dijadikan modal untuk menarik mereka menerima parti pembangkang. Rakyat Langkawi juga seharusnya tidak menoleh ke belakang kerana mereka masih mempunyai pemimpin UMNO yang akan terus memfokuskan pembangunan rakyat di pulau tersebut.

Sikap pemimpin PPBM yang cuba memancing sokongan rakyat menggunakan nama Mahathir, tidak akan memberi kelebihan buat parti pembangkang. Sumbangan Mahathir selama ini telah menjadi sejarah buat Langkawi. BN Langkawi juga telah merangka strategi untuk menghalang dakyah pembangkang di sana, khususnya PPBM menjelang PRU14.

Dalam pada itu, jentera BN akan menggunakan pendekatan yang belum digunakan sebelum ini, seperti melibatkan gerak kerja yang lebih kreatif untuk membolehan jentera BN di sana bersedia menghadapi serangan pembangkang. Walaupun track record sebelum ini membuktikan kemenangan bergaya BN, jentera akan kekal waspada kepada seranga. Mahathir serta kuncu-kuncunya.

Harapan PPBM untuk menjadikan Langkawi sebagai platform tidak akan berkesan kerana kisah sumbangan Mahahthir telah menjadi sejarah buat rakyat Langkawi. Penubuhan parti bunga juga dikatakan tidak mempunyai fokus serta perjuangan yang jelas.. – HanezDot/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s