Selangor Bakal Jadi Negeri Paling Banyak Babi Di Malaysia

Keluhan rakyat bukan lagi sesuatu yang penting bagi Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali. Korang tahu kenapa?? Sebab ternakan babi lagi penting bagi Azmin… Berbanding masalah yang dihadapi rakyat Selangor saban hari.

Kalau sebelum ni, masyarakat Selangor dibelenggu dengan krisis air yang tiada kesudahan… Sekarang ni pula rakyat di Kuala Langat, di himpit dengan masalah projek ternakan ladang babi moden di kawasan tersebut.

Nampaknya babi dengan Azmin bukan sesuatu yang asing lagi… Yela, sebab Azmin tu tak kisah pun dengan keluhan masyarakat Kuala Langat terhadap tentangan projek ladang babi moden tu. Sebaliknya Azmin merestui projek tersebut.

Nampak tak bahawa babi lagi penting dari keluhan rakyat… Azmin dakwa masalah keluhan rakyat tu bukan sesuatu yang besar pun… Dan dia tak kisah walau ditentang rakyat. Bukan tu je, bantahan itu dianggap sesuatu yang normal baginya.

Kononnya ternakan babi moden itu adalah pembangunan untuk negara dan melambangkan demokrasi… Haha! Apa yang Azmin ni merepek?? Sedangkan kerajaan Azmin sendiri tak mampu nak pantau ladang babi haram di Selangor.

Jadi sekarang ni dia nak cakap pasal demokrasi dan pembangunan negara?? Hapuskan dulu ladang babi haram di negeri tu… Baru borak pasal ladang babi moden ni. Tahu nak ternak babi je tapi masalah yang dihadapi rakyat tak selesai jugak.

Masyarakat bimbang dengan pencemaran yang berlaku datang dari ladang ternakan babi… Tak kisah la moden atau tidak… Berlesen atau haram! Yang penting, ia tetap memberi masalah kepada rakyat jika sistem pengurusan ladang ternakan tidak sistematik.

Kalau takde tanggungjawab… Datang la teknologi tinggi macam mana pun… Tetap berlaku pencemaran. Lambakan ladang babi secara haram di Selangor tu siapa nak jawab?? sekarang ni Azmin lulus projek ternakan babi moden pulak! Habis jadi negeri babi la Selangor lepas ni.. Oopsssss!! – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s