Sebanyak 4% Defisit Bajet Berjaya Dikurangkan Kedah

Dalam pembentangan Bajet 2017 Kedah yang diadakan hari ini, menyaksikan bahawa negeri itu berjaya mengurangkan defisit sebanyak 4 peratus pada tahun ini..

Ini menunjukkan bahawa Kedah memperuntukan bajet berjumlah RM1.06 bilion dengan defisit RM75.5 juta, berbanding anggaran kutipan hasil sebanyak RM734.7 juta.

Pembentangan bajet Kedah pada kali ini dilakukan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah… Dengan bertemakan ‘Muafakat Memacu Ekonomi, Menggilap Potensi Negeri’, Ahmad Bashah memperuntukan sebanyak RM810.1 juta sebagai perbelanjaan mengurus, manakala sejumlah RM256.4 juta pula diperuntukkan bagi perbelanjaan pembangunan.

Berbeza dengan Bajet 2016 sebelum ini…Kedah mencatatkan defisit sebanyak 14.9% dengan jumlah RM107.8 juta.. Oleh itu, pembentangan Bajet 2017 pada kali ini menyaksikan defisit telah berjaya dikurangkan sebanyak 4.63%.

Bajet 2017 bagi negeri Kedah pada kali ini mensasarkan kepada segala keperluan dan kemudahan kepada rakyat Jelapang Padi. Perbelanjaan bagi pembangunan pula tertumpu kepada usaha menaik tarafkan kehidupan masyarakat B-40.

Sementara itu, Ahmad Bashah turut mensasarkan bahawa perancangan pada kali ini mampu mensasarkan dan memenuhi 90 peratus daripada rancangan yang telah diaturkan. Itu merupakan target dan anggaran bagi tahun 2017.

Ujar Ahmad Bashah ketika sidang Dewan Undangan Negeri yang diadakan di Wisma Darul Aman, hari ini… Berpaksikan empat strategi utama. Kerajaan negeri komited untuk meningkatkan perolehan dan perbelanjaan hasil secara cekap dan berhemah.

Bukan itu sahaja, Menteri Besar Kedah itu mahu menambah nilai dan hasil peneroka agar mereka mampu beri potensi baru kepada ekonomi..

Menggalakkan aktiviti ekonomi masyarakat dan akhir sekali, fokus kepada usaha mengenalpasti dan menyelesaikan isu kebajikan rakyat dengan cara yang bernas. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s