Sampai Bila DAP Mampu ‘Berpuasa’ Dari Memfitnah BN??

DAP beriltizam kononnya mahu menghentikan propaganda dan gosip murahan terhadap Barisan Nasional (BN)… Sebaliknya mahu menumpukan perhatian terhadap masalah-masalah besar yang dihadapi rakyat sekarang.

Persoalannya berapa lama DAP mahu ‘berpuasa’ dari melakukan fitnah dan mereka cerita buruk mengenai BN?? Betul ke DAP akan menyelesaikan masalah yang menghimpit masyarakat kita sekarang ni??

Apa yang Gomez lihat sekarang ini, DAP yang mencipta segala masalah kepada rakyat… Malah DAP jugalah yang meracun pemikiran rakyat dengan segala fitnah mereka itu. Sekarang ini berlakon kononnya nak menumpukan perhatian kepada masalah rakyat.

Ketua Pemuda DAP, Wong Kah Who kononnya dah tak mahu jaja cerita pasal ‘korupsi’ kerajaan BN… Mungkin dorang dah sedar yang rakyat sekarang ni tahu korupsi sebenar yang berlaku dalam parti DAP dan bukannya BN.

Disebabkan itu DAP berlakon mahu menyelesaikan kebimbangan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup, kualiti pendidikan yang rendah, dan kesukaran golongan belia mendapat pekerjaan.

Nak dengar keluhan orang ramai katanya… Sedangkan DAP sekarang ini memusnahkan kehidupan rakyat, terutama sekali di Pulau Pinang. Terbaru DAP mahu menjual Pulau Jerejak… Macam tu ke nak selesai masalah rakyat?

Mungkin tindakan ‘mahu menuntut bela kehidupan rakyat’ itu hanya satu modal bagi meraih undi dari rakyat. Yela, rakyat sekarang makin bencikan DAP kerana kerakusan mereka mengikis harta negara.

Rakyat sudah mula buka mata dengan segala penipuan dan drama DAP… Selama ini rakyat disajikan dengan pelbagai penipuan bagi mengaburi mata mereka. Masalah rakyat tak pernah diselesaikan pun.

Masalah banjir pun makin berlarutan dan makin teruk. Sekarang ni baru acah-acah nak tolong rakyat ke?? – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s