PERR : Perlis Jadi ‘Lauk’ Di Alor Setar

Nabil Ahmad menjaringkan gol hatrik untuk membantu Kedah membelasah Perlis 5-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala Emas Raja-Raja di Stadium Darul Aman di sini, malam tadi.

Kemenangan besar skuad ‘Sang Keris’ ini sekali gus membangkitkan semangat mereka untuk menghadapi aksi kedua nanti pada 19 November di Stadium Utama Kangar.

Tiga gol pada aksi malam tadi terhasil pada separuh masa pertama bermula dengan sepakan penalti oleh Syafizan Hashim pada minit ke-18, diikuti satu lagi penalti oleh Nabil pada minit ke-25.

Selang dua minit kemudian, Perlis pula mendapat gol pertama melalui penalti yang disudahkan oleh Shahrul Ramli.

Nabil mencatat gol keempat untuk Kedah dan kedua buat dirinya pada minit ke-28 dengan sepakan padu di depan pintu gol Perlis.

Dua lagi gol Kedah terhasil pada separuh masa kedua melalui Nabil yang sekali gus melengkapkan hatrik pada minit ke-58 dan seminit kemudian oleh Fitri Zaaim Amran.

Dengan bekalan 5-1 diperoleh Kedah pada malam ini, ia membawa bekal selesa untuk perlawanan suku akhir kedua nanti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s