Pembangkang Tak Akan Mampu Bergabung

Menteri Penerangan Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata, usaha pembangkang untuk bersatu di bawah satu parti gagal dilaksanakan sejak 17 tahun lalu.

Beliau juga percaya parti pembangkang tidak bersatu dan mempersoalkan kemampuan mereka untuk bergabung di bawah satu parti, lambang dan manifesto.

“(Tun Dr.) Mahathir (Mohamed) kini bercakap mengenai satu parti, satu simbol dan satu manifesto. Ini yang pembangkang bincangkan sejak 1999. Tetapi selepas 17 tahun, mereka masih gagal melaksanakannya,” katanya menerusi tulisan di blognya.

Salleh juga yakin DAP dan PAS tidak akan meninggalkan lambang parti yang diguna pakai sejak sekian lama, selain skeptikal mengenai keupayaan parti-parti pembangkang untuk bergabung memandangkan setiap parti mempunyai agenda berbeza.

“(Parti Pribumi Bersatu Malaysia) PPBM, PKR, DAP dan PAN mempunyai agenda masing-masing. PPBM mahu mengantikan Perdana Menteri (Datuk Seri) Najib Tun Razak dan mengantikan beliau dengan proksi (Dr.) Mahathir.

“PKR pula mahu membebaskan Anwar Ibrahim dari penjara dan menjadikan beliau Perdana Menteri. PAN pula ialah parti yang dianggotai bekas anggota PAS yang gagal menjatuhkan (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang.

“DAP pula mahu mewujudkan Malaysia untuk rakyat Malaysia, yang bagi orang Melayu, termasuk dalam pembangkang, tidak boleh terima,” katanya.

Beliau juga mempersoal sama ada semua parti berkenaan dapat hadir dengan manifesto bersama, memandangkan setiap parti mempunyai perjuangan yang berbeza.

Dr. Mahathir sebelum ini mengajak semua anggota Pakatan Harapan untuk bergabung di bawah satu parti dalam pilihan raya akan datang.

Beliau yang juga Pengerusi PPBM bertegas, penyatuan semua parti pembangkang adalah kunci untuk memenangi pilihan raya umum akan datang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s