Nurul Izzah Mahu Semua Parti Pembangkang Tunduk Padanya

Nak sertai Pakatan Harapan ada satu syarat… Syaratnya semua parti perlu menjadi hamba kepada Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dan harus menurut segala agenda reformasi yang dibawa oleh PKR.

Sesiapa sahaja mampu untuk bekerjasama dengan Pakatan Harapan tetapi syaratnya, harus menurut segala kemahuan dan komited dengan arahan. Kononnya ia sebagai persediaan bagi membolehkan pertembungan 1 lawan 1 dengan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya akan datang.

Bagi mana-mana parti yang tak mampu beri komitmen dan melanggar syarat… Maka parti tersebut secara automatiknya akan terkeluar dari kerjasama Pakatan Harapan. Itu yang diperkatakan Nurul Izzah ketika berucap dalam Konvensyen Pakatan Harapan yang julung kali diadakan, semalam.

Tambah Nurul Izzah… Berpengetahuan agama sahaja tak penting dan tak cukup… Seorang pemimpin harus melawan rasuah negara. Negara tak perlu pemimpin berpangkat Haji tapi perlu pemimpin yang berkaliber.

Ohhhh, mungkin bagi Nurul Izzah… Pemimpin beragama tak berapa penting bagi membimbing dan memerintah negara. Biar takde agama, janji tak korupsi.. Itu maksud tersirat Nurul Izzah.

Hahhhh! Patut la Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tak jadi tandatangan perjanjian menyertai Pakatan Harapan… Rupanya dorang tolak agama secara terang-terangan… Malah menyeru agar semua parti di bawah Pakatan Harapan tunduk pada agenda PKR. – TiraGomez/UtaraNews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s