Kim Kardashian Kecewa Dengan Kanye West

Sejak kejadian rompakan bersenjata yang menimpa selebriti seksi Kim Kardashian, Miss tengok Kim dah banyak berubah.. Kim pernah mengeluarkan kenyataan yang dia nak ubah cara kehidupannya dengan cara lebih sederhana.. Kononnya dah trauma dengan kejadian yang menimpa dirinya di Paris, beberapa bulan yang lalu..

Terbaru, Miss dengar Kanye West membuat Kim kecewa kerana boros membelanjakan wang untuk membeli barangan perhiasan rumah baru.. Rapper terkenal tu dikatakan menghabiskan ribuan dollar untuk membeli barangan perhiasan baru, lepas tu membuangnya kerana tak suka..

Seronok betul jadi orang kaya kan, tak suka jer terus buang noh u’olls.. Miss dengar pereka dalaman Sandy Gallin yang bertanggungjawab mendekorasi rumah baru Kim dan Kanye di Calabasas, California.. Namun, Kanye tak puas hati dengan hasil Sandy dan lalu membuang macam tu jer u’olls..

Kanye bukannya membuang barangan tu semua ke tong sampah, tapi dalam bilik penyimpanan barang.. Lepas tu Kanye dikatakan membeli barangan perhiasan baru pulak untuk menggantikan barangan yang Sandy belikan..

Itulah yang membuatkan Kim kecewa sangat dengan sikap boros Kanye.. Pelik betul, bila dengar Kim kecewa kerana sikap boros suaminya.. Sebelum ni Kim pun jenis boros jugak, cuma sekarang jer dia dah berubah untuk hidup bersederhana dan tak menunjuk..

Tak tahu lah perubahan Kim hanya sementara atau selamanya.. Kalau dah biasa hidup mewah, susah nak berubah secara drastik macam tu.. Melainkan kalau Kim betul-betul nak berubah noh.. – Misshana/Utaranews

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s